♥ sayunk-sayunk kuh ♥

Wednesday, January 29, 2014

♥ temui saya di Astro Ria ♥






السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ







Tajuk entry macam nak hot,mengundang muntah hijau dikalangan kengkawan (aku tau tu) sebenarnya nak cakap sekarang dekat Astro tengah tayang sinetron HAFIZAH.(ha aku lah tu) Eh jap bukan sekarang tapi sebenarnya dulu dah ada tapi channel yang aku tak beli. Sekarang baru Astro tayang dekat Astro Ria. Biasa lah tu bagi pelanggan-pelanggan bajet macam aku kalau nak tunggu cerita best tunggu jelah astro tayang dekat channel biasa. Kira orang lain dah tengok sampai habis tapi aku baru terhengeh-henget nak start tengok. Lepas tu terkinja-kinja siap buat entry macam aku orang pertama tengok sinetron tu. Apesal aku sehampeh ni. hahahahaha

Sebenarnya aku nak cakap apesal tajuk sinetron tu HAFIZAH. Glemer jugak yer orang nama HAFIZAH ni.  hew hew hew hew. Siap ada sinetron lepas tu ada lagu lagi tajuk HAFIZAH. Dah lah pelakon dia 'Randy Panggalila' power sungguh. Sampai sekarang aku musykil awat tak letak nama BECK ke..?? Atau nama HAFIZAH lagi hot dari nama BECK..?? Ke dah ada tajuk cerita BECK tu.? Jap aku try alih channel Astro 108 kot-kot ada.. Tapi sayang seribu kali sayang tajuk je hot tapi tak pernah terlintas pun dalam hati aku nak tengok sinetron HAFIZAH ni. Setakat tengok-tengok iklan dia je. Sape yang kaki sinetron tu meh kabor ke aku sedap ke tak cerita dia,kalau sedap boleh lah aku jeling-jeling 2 3 kali..
hahaha k la baiiiii



(p/s : sekarang aku tengah berangan kalau aku berlakon cerita sinetron ni mesti lagi power kan. tapi bukan dengan Randy Panggalila lah mungkin dengan Randy Panggegeli (gelimat gelimat gelimat) wahahahahaha)

Tuesday, January 28, 2014

♥ nugget sayur kentang kasih sayang ♥


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ








Kadang-kadang nak eksperi cinta,kasih dan sayang tu bukan hanya melalui kata-kata jiwang manis sahaja. Macam-macam cara boleh. Lagi-lagi kalau kau jenis macam aku mulut kejung nak berbicara. Aku rasa romantik aku terkojol terjojol lebih melalui penulisan kot. Contoh melalui kad,surat,sms,nota ermmm something like that lah. Tapi hari ni aku ajar acaner nak eksperikan cinta,kasih dan sayang melalui makanan pulak. Nah silakan menjamu mata.


Rupa tak penting,yang penting rasa tu sampai. Nak masak kena penuh kasih dan sayang baru orang yang makan tu boleh rasa apa yang kita nak sampaikan. Kira pasang niatlah masa tengah masa gitu. Masa masak menda ni aku pun ada pasang niat jugak "semoga encik hubby makan sampai habis dan belikan microwave baru hew hew hew hew". (poyo ya amat)

Ok dah. Sekarang masa untuk berkongsi resepi. Kire segmen 'Masak Memasak Masaklah Kau' la ni. Ni memang first time aku buat menda ni. Resepi memang 100% search dari google. Tapi adalah yang olah sikit-sikit macam yang aku pernah cakap bertepatan dengan dapur sekangkang kera aku,bahan-bahan pun limit. kehkehkehkehkeh

Resepi pertama adalah "Chicken Nugget". Disebabkan sebelum ni aku dah kongsi resepi jadi bolehlah godek entry lepas DISINI. Beza dia cuma dari segi bentuk je. Kalau nak jadi konon-konon romantik bolehla tiru bentuk yang macam kite buat tu hehehehe *malu*

Dish kedua adalah "Mashed Potato"
Nak lagi detail boleh pergi cari dekat LINK ni. Dia siap tunjuk gambar step by step lagi. Tapi aku olahkan sedikit resepi akak ni sebab kuantiti aku buat hanya untuk 2 orang makan je. Lepas tu perasakan pun ikut selera anak tekak sendiri. Cuma dari segi penggunaan bahan-bahan aku banyak refer resepi ni sebab macam biasa SENANG..fiuuuuuwww


Bahan-bahan Resepi Kentang Putar (Kentang):


4 biji kentang
3 sudu besar susu segar
sedikit butter (anggaran 2 sudu besar)
secukup rasa serbuk lada hitam/lada sulah (aku tak guna lada sulah sebab kat dapur tak de)


Cara-caranya

1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong sama besar
2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 20 minit.
3. Bila kentang sudah empuk, toskan airnya.
4. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
5. Masukkan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
6. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata.




Bahan-bahan Resepi Sos (Gravy) Kentang Putar:


1 labu bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih dipotong dadu
2 sudu butter
1 sudu tepung jagung
1 kiub ayam knorr
secukup rasa serbuk lada hitam/lada sulah
2 cawan air



Cara-caranya
1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang. Biarkan dia caramelized (bertukar warna sedikit perang (warna caramel))
2. Masukkan tepung jagung dan tumis lagi.
3. Masukkan air dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam/lada sulah secukup rasa mengikut citarasa.
5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air dan kalau kuah terlalu cair tambahkan lagi sedikit tepung jagung.
6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul. (hat ni memang aku punya jadi berketul mungkin sebab terlampau banyak    tuang tepung jagung,tapi bila masukkan dalam blender sos jadi lagi smooth. Cadangan aku    better blender baru tak berketul-ketul tekstur sos pun cantik)
7. Perasakan sos ikut citarasa anda dan sedia untuk dihidangkan.


Taraaaaa... Mash potato versi aku. Dah macam pulut deroyan pun ada..




Resepi yang terakhir adalah "Coleslaw". Hat ni paling simple mimple dimple. 

Bahan-bahan :

Kobis 
Lobak merah
Mayonis
1/2 biji lemon
1 biji bawang besar
Gula secukup rasa

Cara-caranya :

1. Potong kobis kecil-kecil
2. Parut lobak merah nipis-nipis
3. Potong bawang besar kecil-kecil
4. Masukkan ketiga-tiga bahan tadi didalam satu bekas dan gaulkan bersama mayonis (aku guna mayonis yang dalam paket kecik tu je) nak lagi cepat beli je coleslaw punyer sos lady's choice tu,then perahkan lemon dan perasakan dengan gula supaya rasanya seimbang. Dan siap.

Hat ni pulak dah banyak kali dah aku buat. Makan macam tu pun sedap. 


Sekian.

(p/s : pasal pasang niat masa masak tu better pasang niat yang elok baru orang yang makan tu dapat rasa. aku pasang niat nak microwave sampai sekarang tak tertunai,ni mesti tak sampai lagi ni dalam makanan tu.kehkehkehkeh)

Friday, January 24, 2014

♥ bayangan menentang kenyataan ♥




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ





Dalam hidup kita ni kadang-kadang apa yang kita rancang tak semestinya itu yang kita dapat. Tapi tak semua lah,ada masa adalah sipi-sipi sama dengan apa yang kita inginkan tapi selalunya jauh misi KELAUT sangat. Ni antara benda-benda yang selalu aku expect boleh dapat. Cengkonon-kononnyalah expect jelah tapi hampeh memang jauh perginya..hahahaha 

Konon 3 bulan tak cek berat badan berapa,target boleh dapat berat zaman kegemilangan dulu gamaknya tapi tak sedor diri tu ulang-alik dapur 23 kali sehari. Makin hari makin meningkat tengoknya tak boleh jadi ni. Nampak gayanya MISI 33 KELAUT..

Hahahaha.. Hari tu 2 minggu jugak tak bukak facebook sibuk ulang alik hospital,dalam hati mesti banyak notification bebudak facebook,lagi-lagi Mat Aming. Mesti semua rindu kiteww lettewww.. Tapi hampeh sekali dengan Mat Aming KELAUT. Kau bajet kau Nora Danish ke hape.. Kuciwa mak noks..hahaha

Ni expectation yang paling tak boleh blah. Apehal kalau aku tengok dekat tv bukan main lagi maggi kari dia.. Menyelerakan,,menggairahkan,menusuk kalbu sungguh. Nampak kemain sedapnye tapi bila aku buat awat hasil jadi cenggitu tak macam dalam tv pon..hahahahaha Lobak,ketam,udang,bawang semua pakat terjun KELAUT...wakakakakaka

Mat Aming nengok ni mati aku. Ampun penunggu gua Hunny Bunny Cikabom Cikabom bergurau saja. Janggut ala-ala Farid Kamil tu pun dah cukup..ekekeke Yang ni tak terjunam kelaut...ekekekeke


And lastly the winner of the match..eh eh eh Hok paling lejeeeen sekali dalam dunia ni tapi aku rasa bukan aku sorang je kot rasanya ramai lagi kot yang mengalami perasaan yang sama dengan aku..




Mempersembahkan

Expectation kemain tinggi tahap Siti Nurhaliza kau.. Mana taknyer bila tahu nak buat IC baru kemain aku bersiap secomel Kak Ton. Bedak tebal 3 inci. Selendang hitam lilit-lilit. Wedges liplapliplap walaupun tahu kaki takkan masuk dalam gambar. Lepas tu siap beli baju baru. Yelah IC guna lama tu,kalau ada pape semua dok mintak IC. Motif bila orang tengok IC wahhhh terpegun (konon). 

Alik-alik sampai tempat tu dia suruh pakai tudung dubai dia yang berkedut seribu tu,katanya nak seragam. 
Tak kisahlah janji comel lagi.

Akak amek gambar : Ok dik kanan sikit,badan tu senget sikit yer angkat muka sikit. Klikkkk *bunyi flash*

Adik nak buat IC : Akak dah ke kenapa tak cakap  1 2 3

Akak amek gambar : Lupelah dik. Takpe dah ok dah ni gambarnya.

Adik nak buat IC : OK


Sebulan kemudian dengan penuh excited adik nak buat IC pun pergilah nak ambil IC dengan penuh kegirangan yang tidak terkata. Yehaaaaa







krikkkk krikkkk krikkkkk krikkkkk

Tudung dengan badan-badan senget,mulut tengah kemam,mata kuyu layu ditasik madu. Terima kasih akak ambek gambar cantik sangat gambar IC saya. Hasil seni yang bikin aku terharu sepanjang hidup. Hat ni dengan aku-aku KELAUT. (-__-")




(p/s : moral of the story marilah kita bersama-sama berusaha untuk mencapai kenyataan tu. tak semua kenyataan tu akan pergi kelaut ada jugak yang bisa menggapai bintang. eceh dah dah dah mohon tak de yang nak request aku upload gambor IC aku pulak kat sini..caittt)

Tuesday, January 21, 2014

♥ bebola ayam keemas-emasan ♥


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ





Tu hari aku tengok Master Chef,lepas tu aku nampak dia masak "Popcorn Chicken".. Dah lah nampak sedap semacam,,rangup-rangup rasa macam kruk kruk kruk dalam mulut padahal dalam tv je pun apehal aku pulak boleh rasa effect kruk kruk dia..Tak boleh jadi ni terus mintak tolong encik Google carikan "Resepi Popcorn Chicken Paling Senang" eh eh eh tak boleh blah ayat paling senang nampak sangat tak suka benda remeh temeh..

Definisi paling senang buat aku adalah yang simple yang tak guna banyak bahan-bahan yang pelik-pelik serta susah nak dapat.. Bertepatanlah dengan dapur aku yang sekangkang kera tu bahan-bahan pun terhad lainlah kalau dapur master chef tu dah macam pasaraya habak hang.. Kalaulah dapur aku macam tu memang doplohpatjam aku tak berhenti masak..eceh eceh eceh ayat mintak muntah..

Stop mengepek jah.. Berbalik kepada cerita popcorn tadi akhirnya dapatlah aku satu resepi yang maha simple dan operasi membuat popcorn chicken pun bermula..


PUM PUM..PAM PAM..KLEKUNG KLEKUNG..ZASS ZASS 
(effect bunyi dia bukan main)




ok siap...tadaaaaaaaaaaaaaa

try goreng 6 ketul dulu acaner perginya...selebihnya tunggu big boss balik..ermmm not bad..

tu dia petompokan penampakan isi dalam,terserlah ketulan-ketulan ayam yang dihancurkan beserta rempah-rempahnya..ewahh (tadi takde background putih tetiba ada pulak eh)

Sampailah masa perkongsian resepi yer anak-anak.. Asal sekali nak buat popcorn ayam,tapi sekali tengok macam bebola ayam yedak.. Bila dah rasa macam nugget ayam pun ada..hahahaha Betul-betul 3IN1.. 3 menu dalam satu menu..eh eh eh macam pelik je..

Bahan-bahan

Isi ayam
Rempah kari 
Serbuk lada sulah/lada hitam
Secubit garam
1 biji telur ayam
Breadcrumb

Cara-cara

1.  Ambil isi ayam dan cincang makhluk halus-halus sehalus-halusnya. Kuantiti isi ayam bergantung kepada banyak mana korang nak buat..

2. Campurkan 1 sudu kecil rempah kari (penggunaan bergantung kepada kuantiti isi ayam),serta serbuk lada sulah/lada hitam dan juga secubit garam. Hibernasikan (eceh yeye) bahan-bahan tersebut selama mana yang korang nak. Lama-lama sikit lah baru rempah dia meresap yedak..

3. Setelah agak lama ambil bahan perapan tadi dan bentukkanlah mengikut kretiviti. Nak bulat-bulat,lonjong,petak,panjang terpulang. 

4. Kemudian celupkan didalam telur sebelum digolek-golekkan didalam breadcrumb.

5. Dah siap apa lagi gorenglah sehingga warna keemas-emasan terserlah.


Nak masak ni macam-macam choice boleh olah sebenarnya,contohnya isi ayam mungkin boleh guna ayam yang dah siap kisar tu lagi senang. Lepas tu macam isi dalam nak letak filling cheese pun boleh. Lagi havoc kot lagi-lagi bila cheese dia meleleh keluar..Pearghhhh Bahan-bahan aku ni ala kadar je semua tu je yang ada dalam dapur sekangkang kera aku tu..hehehehehe



(p/s : sebenarnya banyak versi resepi untuk buat menda ni tapi setelah diolah akhirnya terhasillah resepi yang maha simple ni. Hasil yang tip top Nora bagi 5 bintang..ekekekeke)

Monday, January 20, 2014

♥ 2014 ♥


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ






Selamat Tahun Baru 2014.. 
(baca sambil bayang ada effect bunya api kembang-kembang warna warni)

Hahahahahaha bulan Januari dah nak hujung-hujung dah,tahun baru apekebende nyer yedak.. Peduli pulak aku,janji aku dah berjaya buat entry yang pertama bagi tahun 2014 ni.. Macam biasa dan selalunya orang buat kalau dah masuk tahun baru mesti nak 'throwback'.. Aku pun nak jugak,baru nampak macam up to datee sikit.. (sumpah ni poyo)..hahaha Throwback THORbaik aku tahun lepas tak lain tak bukan berjaya menamatkan zaman bujang trang tang-tang dengan selamatnya.. Alhamdulillah kahwin tu best...awwww..


24 Mei 2013,Jumaat,14 Rejab 1434H
Ingat tarikh  tu Mat Aming.. Ni bila nak g hanimunnn nyer kahwin dah lama dah ni hanimunnn nyer belum,sadis sungguh..Nasiblah dapat hubby sibuk macam Perdana MenTHORi..hikhikhikhik

Selain hat tu satu lagi throwback terbaik adalah menaikkan berat badan lagi 3 kilogram..Hat ni aku tak tau nak cakap throwback THORbaik ker atau Thorhampeh.. Sampai kena gelak dengan Mat Aming sebab berat aku lagi 1 kilo sama dengan berat dia.. Tak boleh jadi ni macam mana semua ni boleh berlaku.. aishhhh Dah lah sekian sahaja throwback terbaik aku sepanjang tahun 2013,nak pergi sambung lompat 'skipping' pulak ni..kbaiiii






(p/s : pantang tahun baru semua orang pakat pasang azam belaka..ntah pape capainya tak juga lepas tu postpone pulak untuk tahun depan tahun depan dan depan..azam aku..??jap nak pikir)