♥ sayunk-sayunk kuh ♥

Sunday, August 21, 2011

♥ kad hari raya yang menyentap hati dan sanubari ♥




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ





Jam didinding menunjukkan pukul 11.30 pagi waktu Malaysia..Seorang gadis sedang sebok berhibernasi dikamar beradu sambil melayan lagu leleh CREEP BY RADIOHEAD versi accoustic serta berangan memikirkan abang berjersi nombor doplas..Tiba-tiba pintu bilik dikuak dengan rakus oleh seorang budak sekolah rendah berdarjah empat,,berambut megi kari cap cintan,,dan berwajah seperti kak limah *sumpah seriau kot..hahaha*.."Nah untuk acik" kata budak kecik itu dengan kurang sopannya..Baru si gadis nak bukak mulut budak kecik itu dah memblahkan diri beliau dengan lajunya..Cehhhh bidadap sungguh ngomel aku dalam hati..Terus capai apa yang dilemparkan kak limah tadi..

Tangan si gadis terketar-ketar..


Hati tak keruan..

Perasaan mula berdebar-debar..

Lutut mula longgar..

Peluh perempuan mula meleleh disegenap sudut..

OMG OMG OMG..*OMG=oh my god*



Amacam saspen tak..??Okeh aku tipu je tak dek pon sekelumit perasaan macam tuh..Si gadis ni kan cool giler,,chillex lah kan ape barang nak ketaq-ketaq ni..ceh ceh ceh *sumpah berlagak*..Sambung cite terus capai barang yang dilempar tadi..Perasaan nak marah sumpah seranah dekat budak kecik tadi gara-gara terkejut berukkan aku terus padam tiba-tiba,,macam orang simbah air dekat api,,api terus padam serta merta..Macam tuh lah perasaan aku tadi..Terus seketul senyuman yang paling manis dan ikhlas yang lahir dari lubuk hati yang paling suci terukir di bibir si gadis..*ceh metafora aku mengalahkan sasterawanita negara*..


Aku dapat KAD RAYA lah..Dari seorang budak berdarjah empat,,berambut megi cap cintan,,dan berwajah seperti kak limah..Setiap tahun mesti dapat kad dari die TAK PERNAH MISS..Sumpah kadang-kadang dia buat hati aku sejuk..(^___^)..hewhewhewhew


*untuk awak seorang..ceh ceh ceh sambil kembang-kembang lobang idung*


*yer memang motip aku nak menyusahkan korang..malas nak rotate kat bawah ade translate die..kbai*



----------------------------------------------------------


ASSALAMUALAIKUM..
Acik.Tengah buat apa tu..??
Selamat Hari Raya..
Acik beraya kat mana tahun ni kat KELANTAN ke..??

Yang Benar,
Nur Hidayati..

-----------------------------------------------------------


Sentap terus si gadis..Oit budak kecik ape motip kau tulis macam tuh ha..??Acik mu ini kan orang PAHANG sah-sah lah raya ni balik PAHANG..Cehhhh podachii..Wateva lah budak..Ape-ape pon time kasih daun keladi lain kali bagi lagi..So,,selaku acik yang baik hati makanya kad raya yang macho dan kacak itu akan dibalas dengan dengan dengan.................



.........................................................................
..............................................................
......................................................
.................................................
.........................................
.....................................
..........................
.....................
................
...........
.......
....
...
..
.




*gerdenia butterscotch yang hensem..kuikuikui duit rayer tunggu hari raye lah..(^___^) *


Sekian Terima Kasih..


*amacam hebat dan macho bukan acik yang berjersi bola ni..jangan cakap aku kedekut bagi gardenia butterscotch je,, libas dengan hanger kang..okeh dah boleh cari pemain bola KELANTAN lah kot baru tercapai cita-cita anak buah aku ni..hewhewhew*




(p/s : Nur Hidayati a.k.a anak sedara aku yang nakal tahun depan nak bagi kad raye bagi sekali SAMPUL yer..Teringat jugak seketol kad untuk kak limah handmade sendiri masa besday die hari tuh..Klik sinie..Sekian(^___^) )

Wednesday, August 17, 2011

♥ wordless wednesday #5 (cahaya petunjuk) ♥





السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ





.........................................................................
..............................................................
....................................................
............................................
...................................
...........................
...................
............
.......
...
..
.




*sumber incik google*





SALAM NUZUL AL-QURAN

17 RAMAMADHAN 1432H


Jom klik sana,,sani,,sini,,sinu..=)




(NOTA KAKI: my dear sekalian puasa penuh tak..=) )

Sunday, August 14, 2011

♥ bila aku jatuh cinta dengan 'dia' ♥






السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ






"AKU RASA SANGAT SELFISH KALAU AKU SIMPAN BENDA TU UNTUK DIRI SENDIRI"


Dah lama rasanya jari jemari ni tak hapdate belog..Hari ni tergatal jugak tangan,,terbuka jugak hati nak share sesuatu dengan orang lain..Tajuk entry bukan main maha gempak lagi..BILA AKU JATUH CINTA DENGAN 'DIA'..Siapa dia..??Maksud jatuh cinta disini bukanlah jatuh cinta dengan 'pemilik tulang rusuk kiriku' ceh ceh ceh *sambil buat kening dabel jerk dan berangan ting ting ting ting "dimanalah pemilik tulang rusuk kiriku,,tengah buat ape tuh..??semoga pemilik tulang rusuk kiriku puasa penuh yer"hahaha*..Okeh stop berangan kembali kedunia nyata sebenarnya aku jatuh cinta dengan NOVEL HLOVATE..=)


Bulan-bulan puasa ni better buat menda-menda berfaedah sikit yedok dapatlah jugak topap pahala..Ntah kenapa sejak Ramadhan menjelma ni tuan tanah ni sangat-sangat-sangat rajin nak membaca novel..Yeahhh baru selesai baca buku "CONTENGAN JALANAN" by HLOVATE..Awesome sangat,,satu-satunya novel yang betul-betul buat aku sentap sampai kelubuk hati yang paling dalam..Sumpah ini bukan main-main,,ini siriyessss...*tak pernah aku rasa macam ni bila baca novel* (T_____T)





*sumber incik google..trimas dong*



Ini bukan novel cintan-cintun remaja zaman cinta monyet..Bukan jugak kisah jiwang yang buat kita rasa macam diawang-awangan..Bukanlah kisah sedih ditinggalkan sang teruna tanpa belas kasihan..Tapi ini kisah hidup,,kisah hidup tentang 'contengan pengalaman perjalanan cari tuhan'..Yang bawak kita berfikir erti hidup yang sebenar tuh macam mana..Pengisian jiwa yang betul-betul hebatttt...=)
.....................................................................

Hidup bukan hanya diertikan dengan not muzik atau warna-warna..
Hidup bukan hanya diertikan dengan kejar harta dan kerjaya..
Hidup bukan hanya diertikan dengan kejar cita-cita..
Hidup bahagia bukan hanya diertikan dengan senyum ketawa riang gembira..
Hidup itu untuk akhirat..
Living here for the hereafter.......................
....................................................................................

Bulan puasa nie memang kenalah kalau baca novel nie..Memang sangat sesuailah dengan situasi dalam cerita tuh sebab cerita dia pon dalam bulan puasa jugak..Semoga aku pon mampu jadi macam diorang yang cari erti hidup sebenar sebab setiap hati tuh bukan aku yang pegang,,bukan jugak orang lain yang pegang,,tapi hati tuh Allah yang pegang..

Sekadar Renungan Bersama:-


"kalau bersama waktu susah senang dan makan berkongsi pinggan,,tu baru namanya kawan sepanjang zaman"

"kalau sekali itu dikatakan kebetulan kali kedua itu namanya.........suratan..??"

"hidup didunia ni seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara,,hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ini nak kemana"

"peluang yang dalam hidup ni sama juga macam kereta api,perlu digapai waktu dia sekejap terhenti depan diri..terlewat sesaat,,makan asap"

"kalau kompas tersilap arah,,perlu berpatah balik walaupun payah"

"kalau orang kata nak buang tatu dikulit tu sakit,,nak buang tatu dosa dihati tu lagi perit"

"benih baru nak bangkit,,disiram dengan air dan baja..Hati baru nak bangkit kena disiram dengan apa..??"

"puasa itu bukan hanya tahan lapar dan dahaga sahaja..puasa itu untuk bersihkan roh.."

"aku teringin nak masuk syurga,,siapa yang taknak..kalau ko masuk dulu tarik aku sama.."


Antara ayat-ayat dia yang boleh buat kita berfikir sejenak tentang diri sendiri kan..Tapi ayat yang paling aku ingat sekali yang ni lah.."the man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th"..Apa yang kita paham tentang ayat ni..??Hajat yang tak kesampaian..??Mungkin...(^___^)


Okeh malas cerita panjang..Tak best lah kan nak cerita sedalam-dalamnya,,so untuk maklumat lanjut jom serbu kedai-kedai buku yang berhampiran sekarang..Yihaaaa...



(p/s : ari ni pergi MPH,,grab lagi satu novel HLOVATE "aA+bB"..Lepas tuh dah tempah novel "Bogel Menuju Tuhan" by Zahiril Adzim yorrrr..Kalau ada rezki minggu depan boleh dapat..huhuhuhu)