♥ sayunk-sayunk kuh ♥

Wednesday, October 23, 2013

♥ sticky rice with chicken recipe ♥




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ





Hari ni macam nak buat segmen "Masak Memasak Masaklah Kau".. Takde resepi yang hot jadi aku malas nak share kat belog.. Setakat masak 'Ayam Masak Negro' a.k.a (ayam masak kicap) apalah sangat sampai nak buat entry bagai yedak jadinya aku pun tunggulah kot-kot ade resepi vavavooom.. hahaha 

Ok lah hari tu Mat Aming ada bawak balik "Pulut Ayam".. Selama hidup tak pernah lagi dengar menu tu.. Almaklumlah sejak berhijrah ke tempat orang ni macam-macam lah menu baru yedak lagi-lagi kalau dah duduk disempadan Thailand ni.. And yes "Pulut Ayam" is one of the menu comes from there.. Curlass kau Jah sekarang nak try "Masak Memasak Masaklah Kau" menu-menu dari seberang sana pulak..

Untuk segmen kali ni Chef Jah Hot akan ajar cara macam mana nak masak "Sticky Rice with Chicken".. Omputih sangat u'olls.. Pulut Ayam je senang yedak.. Actually aku sendiri tak pernah try pun lagi buat tapi bila try search resepi nampak macam senang dan pimple simple.. Dah jom belaja buat sama-sama jom..


pulut secoet + ayam sikit + 2 bungkus sos thai + dan ditaburi bawang goreng maka jadilah "Pulut Ayam"


Bahan-bahan 

  • 1 kg beras pulut - cuci dan rendam (ni kalau nak buat kenduri ok la dalam 10 orang makan)
  • ~kalu guna beras pulut biasa - rendam 7-8 jam~
  • ~kalu guna beras pulut susu (Thai) - rendam 3-4 jam sahaja~ 
  • 1 ekor ayam- potong/cuci/tos
  • *garam + serbuk kunyit
  • *4 sudu besar rempah kari daging
  • *6 batang serai - dihiris nipis/tumbuk pun boleh
  • 6 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 cawan bijan
  • bawang merah - hiris nipis/goreng macam biasa
  • sos cili thai maggi/mae pranom thai
  • daun pandan - carik-carik atau gunting pendek-pendek
  • bahan bertanda * diperap bersama ayam selama 30 minit (lagi lama lagi sedap kot)
  • ~kalau suka boleh letak maggi cukup rasa bersama bahan perapan~


Cara-cara

  1. Kukus pulut bersama daun pandan, (nak letak daun pandan dalam air kukusan pun boleh) - kukus 30 minit atau hingga masak.. 15 minit pertama buka periuk kukus & renjis-renjis dengan air masak pada permukaan pulut, tutup semula periuk & kukus semula hingga masak
  2. Ayam diperap bersama bahan bertanda * selama 30 minit, kemudian masukkan tepung jagung - gaul mesra diikuti bijan dan gaul lagi
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam macam biasa
  4. Apabila semua dah siap, boleh lah menikmati pulut kukus bersama ayam goreng, bawang goreng & tak lupa sos cili thai @ mae pranom thai

untuk keterangan lanjut resepi disini 

Tapi kan setelah aku perati resepi ni sebenarnya lebih kurang macam masak Ayam Goreng Berempah jugak lah sikit-sikit.. Mungkin beza dia kita makan colek sikit dengan sos thai.. Lepas tu beza dia makan dengan pulut yelah orang-orang alik sana kan lebih prefer pulut more than nasi macam kita.. Macam menu "Khao Niaow Ma Muang".. Natang ni memang lejen woi.. Bila gabungkan dengan santan pekat tu huhhh sedap dia tak payah cakap tak hengat bak hang..

"Khao Niaow Ma Muang" nama thailand sangat.. Padahal Pulut Mangga je pun.. hahaha Sepinggan ni kalau dekat Shah Alam tu ari makan berbelas-belas dekat dua puluh ringgit.. what the heck..


(p/s : orang thai masak banyak sedap.. sekali makan mesti teringat-ingat.. macam kakak aku ah asyik tanya je bila lagi nak pegi telen makan.. macam kat Malaysia tak da makanan.. tapi siriyessss memang sedap..hahaha)

No comments: