♥ sayunk-sayunk kuh ♥

Monday, February 17, 2014

♥ The 'bertandang' of (Amin + Fiza) ♥




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ






Hari ni entry lebih kepada 'baling' 'belakang' dalam bahasa up to datenya 'throwback' . ok tak lawak. Throwback kali ini aku nak story tentang 'Majlis Bertendang Bertandang' masa belah Mat Aming tu hari.  Motif sebenar dah nak dekat setahun baru gatal nak hapload adalah sebab aku tak puas hati dengan service gambar yang dia kasi. Jadi aku buat mogok,memang satu hapak pun takde gambar yang aku hapload samada sama ada samada eh eh (mana yang betul ek) di fesbuk,stegram,cool blog,tweeeeetewwwr (ok tweetewr aku talak). 

Yang ada pun sekeping je tu pun member skolah aku datang masa kenduri tu lepas tu dia hapload dekat fasebuk dia kalau tak memang haroooom aku tak hapload. So setelah berbulan-bulan aku buat mogok hasilnya tetap sama bukan aku dapat hape pun. puii Jadi hari ni aku bermurah hati nak kongsi gambar yang super power masa majlis tu.. (tangan dibahu mata keatas)

Ni satu-satunya gambar masa bertandang hari tu yang dihapload oleh member aku.

Bekwoh dalam bahasa Kelate atau nama saintifiknya kenduri kat sini memang meriah sikit. Kalau dekat tempat aku dalam pukul 4 petang orang dah siap bungkus-bungkus kemas khemah,gulai kawah dah jadi bonjrot. Pengantin pulak dah cecepat tukar baju masuk bilik (ok ni aku tipu)..hew hew hew hew Tapi yang berbeza kenduri dekat sini tetamu datang tak kira masa,majlis dia sampai ketengah malam pun ada. Hari tu sampai pukul 2 pagi pun ada orang datang lagi.

Kalau 2 3 orang takpe boleh dipertimbangkan mungkin jauh ambik masa lama,mungkin jugak siang tadi ada hal mustahak ermmm tapi tengok macam majlis siang hari pulak berdoyot-doyot orang. Masa kakak aku kawen dengan orang Kelantan pun macam tu jugak memalam pun ada orang datang lagi. Memang semangat WalimatulUrus dia lain macam. (clap clap clap). Tapi tak tahulah mungkin ada sesetengah kenduri dekat sini aturcara majlis dia masih standard macam biasa. Wallahualam. Berikut adalah kronologi semasa hari kejadian. peargh kronologi bagai kau.

 Jam 2.30 petang bermulanya perarakan masuk rombongan Cik Kayah yang diketuai oleh Iman Joyah..

 Masih lagi perarakan masuk Datin dan Dato..

 Lima minit kendian masih lagi perarakan masuk kali ini tanpa ketua Iman Joyah yang tinggal hanyalah Dato berkaca mata hitam sambil berkata "Eeeeeiii" dan disebelahnya pula Datin Hot yang mata melilau memandang ke mana ntah. 

 Tetiba gambar pasangan gagak merpati sejoli hilang,yang ada hanyalah gambar tetamu yag sedang bersalam-salaman. hehehehe

 Lepas tu ada balik gambar Dato yang tengah belek-belek kertas cabutan bertuah dan dibantu Datin Hot yang sedang menggendong Iman Joyah yang nangis teresak-esak sambil disaksikan oleh Yaya yang memakai baju I Lep Angry Bird dan mak aku yang dalam perjalanan naik tangga. (caption bapak detail)

 Permainan cukup mudah hanya selak sapu tangan yang ada ditangan dan lihat nombor yang tercatat disitu. Kalau EmCee yang pakai baju bolo gomo kelate gomo tu panggil nombor sama maka bertuahlah anda. bravo bravo bravo Aku try selak sapu tangan lap hingus Iman Joyah tapi yelek yang hado cuma "Made in China". Sori Joyah ni special untuk pasukan Penanggah yang dah banyak membantu menjayakan majlis je.hehehehehe

 Masih lagi upacara lucky draw. Posing Datin Hot masih lagi sama,sengih Dato berkacamata hitam tayang gigi pun masih sama dengan gambar diatas dan gambar dibawah. huhhhh

 Sesi beramah mesra dengan jejaka dengan sengihan tayang gigi yang sama.

 Sesi beramah mesra dengan jejaki pulak.

 Ibu Mertuaku..hewhewhewhew

 Letak caption sendiri

 Upacara lucky draw bawah khemah pulak. Aku tak tahu pun aturcara majlis,masak apa,persiapan macam mana masa majlis bertandang ni. Tau-tau masa datang je eh ada lucky draw,eh ada ntanyi-nyanyi,eh ada hiasan kat bilik,eh takde pelamin,eh ada tu,eh ada ni,eh ada pakcik tukang ambik gambar hasil kelaut. (part hire photog memang aku tau sebab aku yang request memandangkan kakak aku takde masa majlis untuk tolong snap gambar). 

 Kakak cun (aku tak tahu nama) baju biru nyanyi sambil berdiri.

 Anak buah Mat Aming gojes baju biru nyanyi sambil duduk.

 Kakak cun baju biru tak tahu nama apa nyanyi sambil ambik hamper.

 Kakak cun baju biru tak tahu nama apa sambung nyanyi lagi.

Masa bertandang memang tak plan nak buat apa-apa ingat just datang makan lepas tu balik. eh eh eh ewah. Tak sangka pulak ada hiasan bilik beradu ecehhhh. Memang persiapan belah Mat Aming aku tak amik tahu langsung. Baju pun masa pagi hari kenduri baru aku ambik test,nak dijadikan cerita rupanya style dekat sini tudung takde dalam pakej kena cari sendiri. Dah tak ke haru celah mana aku nak cari petang karang dah nak kenduri. Takkan nak free hair mau kena pelangkung dek mak mertua..hikhikhik So,nasib baiklah pagi tu ada pasar pagi dekat area kampung tu. Carilah aku tudung sploh hengget kaler kuning diraja ni ha. Bila ingat balik macam klako pulak nasib tudung je takde kalau dibuatnya baju tak muat menangis terhinjut-hinjut bahu la jawabnya..kehkehkehkeh

Kuning diraja lah sangat. Baju Mat Aming macam oren-oren je aku tengok. Ermmmm taram lah labu..

Lepas tu gambor tunduk sikit.

Lepas tu tukar posisi aku pulak duduk tunduk sikit.

Lepas tu bertenggek atas katil pulak.

Lepas tu macam tak best ajak anak sedara bergambor sekali.

Lepas tu panggil anak sedara dengan adik pulak.

Last-last tinggal sorang je dengan anak sedara.

Dan hasilnya dapatlah gambar saiz 8R ni tanpa frame,frame lah kau sendiri.

Owh boringnya. Sekian sahaja gambor kami..huh Memang agak tak berpuas hati sikit. Dah la photog datang lambat,gambar sebelum majlis langsung takde. Mat Aming dah marah-marah baru nampak batang hidung tu pun masa rombongan dah sampai. Soft copy pun takdek. Gambor pun hat ni je dah la posing sama je lepas tu boleh kira berapa keping tak berbaloi dengan pelaburan. Aku ingat redup-redup sikit nak ajak outdoor tepi rumah sebab ada sawah padi tengah menghijau tak sangka pulak photog dah hilang. Ermm mungkin dia sakit perut cirit-birit sebab tu balik awal *bersangka baik*..huhhhhh



(p/s : b2b sekalian hati-hati pilih photog,bukan apa wedding tu sekali je kot moment tu yang penting bukan senang nak dapat,walau apa sekali pun aku tetap bersyukur sebab ada jugak lah gambar kawen masa bertandang dari tak de langsung yedak)