♥ sayunk-sayunk kuh ♥

Tuesday, April 1, 2014

♥ #cutikemanakita : Batu Buruk Beach Resort,Kuala Terengganu ♥





السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ







Minggu lepas-lepas-lepas Mat Aming ajak balik Pahang. Katanya sekarang kurang bz sikit bolehlah balik jenguk kampung kejap. Wah seronok tak payah cakap lah bak kata orang 'Kecil Tapak Tangan Padang Bola Saya Tadahkan'. Kalau tak,balik terkedek sorang-sorang jelah jawabnya. hahahaha

Alang-alang orang dah offer memang merata bawak balik. Kronologi perjalanan kami bermula dari Pasir Mas---->Jerantut---->ShahAlam---->Sekinchan---->ShahAlam---->Jerantut---->Dungun---->Kuala Terengganu---->Pasir Mas haaaa ambik kau susah sangat nak cuti kali ni kita kasi dia cuti kaw-kaw. Masa nak balik Kelantan semula aku request nak tukar angin tak nak ikut jalan biasa balik. Kali ni nak balik ikut tepi-tepi laut. Ceh ceh ceh ceh.


#KEKOREAKEKITA takkkkkk #KEGANUJEKITA

Masuk je Kerteh dah boleh tengok jajahan "PETRONAS" pepaleh weh besor ya amat. KAGUM


Subhanallah salah satu ciptaan Allah  yang terindah. Along the journey memang santap kebiruan air laut jelah. Kalau tak silap ni "Pantai Kemasik". Malas nak turun singgah ambil gambar,snap dari dalam kereta je lah.

Bini cadang nak ajak tidur dekat Pulau Perhentian tapi sebab si suami dah tak larat sangat nak drive makanya plan asal terpaksa diubah. Sekarang dah dekat tengah-tengah Kuala Terengganu,cepat-cepat stop tepi jalan,lepas tu bukak lappy search "Tempat Penginapan Menarik Di Kuala Terengganu". hahaha Padahal berlambak-lambak hotel,chalet,rumah tumpangan tetepi jalan antara nak tak nak je. 

Tiba-tiba tertarik dekat "Batu Buruk Beach Resort" terus tengok map macam mana nak pergi. Toleh belah kanan rupanya dekat sebelah je. hahahahaha Gelak macam orang gila dalam kereta. Terus terjah resort nak check in harap-harap ada kosong sebab tengok Agoda dah fully booking. Mula-mula nak request view hadap laut tapi sayang bilik tinggal satu je tu pun view hadap swimming pool. Tapi ok lah mujur ada dari takda yedak.

Dapat bilik hadap swimming pool ni kira ok lah dari dapat view yang hadap parking kereta. wahahahahaha

Petang tu Mat Aming ajak jalan-jalan tepi pantai. Nak cakap jalan-jalan bukanlah sangat padahal nak ajak pergi stall tepi-tepi pantai tu sebab nak isi perut dah berkeroncong. Alasan semata-mata nak ajak jalan konon. Dekat dalam memang ada "Pak Maidin's Coffee House" tapi sajalah nak ambil angin sikit sambil tengok laut. fefefefeling romantik orang kata. *tangan dibahu hidung kembang*

View dari belakang resort. Hat ni memang hadap laut.ermmmm

Siap ada "Beach Volleyball" dekat belakang resort not bad lah.


Antara daya tarikan yang ada dekat sini adalah perkhidmatan menaiki kereta kuda. Berapa ringgit tak tahulah sebab tak naik. Masa tu ada 2 kereta kuda. Dia bawak pusing-pusing situ je. Ajak Mat Aming naik dia jawab 'Buat malu je orang tengok'. krikkk krikkk krikkkk

Aku memang suka tengok laut. Bila tengok laut aku rasa tenang. Seluas-luas mata memandang dengan angin sepoi-sepoi bahasa. fuhhhhhhh nikmat yang tak terkata.

Mamat ni aku jumpa tepi pantai. Kesian mata dah layu,kuyu dan pisang. Gagahkan juga kaki sebab perut dah lapar kemahen. 


Siap panjat menara tinjau konon-konon nak tengok view dari atas. Kebetulan pulak masa tu tak da orang atas menara kalau ada segan lah sikit nak naik.hahahaha


Pantai pun bersih,tu  yang paling penting sedap mata memandang yedak. Kalau datang pantai penuh sampah sarap memang tu lah kali pertama dan terakhir jejak kaki kat situ.

Buat wedding tepi pantai ni syok jugak tak gitu. 

Front office. Kalau hebat cuba cari mana Mat Aming..hahaha

View waktu malam. Bila malam nampak cantik pulak. Kalau siang macam biasa-biasa je.



 Selain daripada itu resort ini juga berhampiran dengan 'Taman Awam Batu Buruk'. Petang-petang boleh tengok awek-awek Teganu Kiter dok jogging. bhahahaha

Dekat dengan stall tempat kiteorang makan rupanya ada satu 'Kompleks Akuatik Negeri Terengganu'.hohohoho So kesimpulan yang aku boleh buat kiranya kalau kalau korang menginap dekat Batu Buruk Beach Resort tu berbaloilah sebab banyak jugak kemudahan sekitarnya. Dah la dekat dengan Pantai Batu Buruk. Harga pun berpatutan takde lah mahal sangat. Lepas tu siap bagi free breakfast untuk 2 orang lagi. Yang paling penting nak pergi mana-mana pun dekat tak jauh. So nak tahu lebih lanjut boleh terjah link ni okeiiii....


(p/s : baru perasan takde tunjuk gambar bilik pun kan *lupa nak ambil* (-___-")..hahahaha lepas ni nak review pasal Taman Tamadun Islam pulak yer..tunguuuuu)

No comments: