♥ sayunk-sayunk kuh ♥

Wednesday, October 30, 2013

♥ candle cake light dinner ~29102013~ ♥




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ






Sebab bulan sepuluh ada satu tarikh keramat.. 29.10.1989.. 
"hepy besday to me,,hepy besday to me,,hepy besday to daten pijah,,hepy besday to me".. hahaha



kalau dulu ucapan besday berbunyi begini  
"hepy besday Daten Jah semoga cepat-cepat naik pelamin"

tapi sekarang bunyi dia dah lain 
"hepy besday Daten Jah semoga cepat-cepat dapat baby"

terima kasih..doakan yang terbaik yer..hehehehe :)



29.10.2013

Alhamdulillah officially 24th.. Terima kasih Ya Allah kerana masih mengizinkan aku bernafas diatas bumi Mu.. Agak excited sikit nak celebrate birthday tahun ni..hahaha Maybe teruja nak celebrate as a wife kot.. Selama 9 tahun bersama ni tahun ni baru nak merasa sambut together-gather.. Kalau tak sebelum-sebelum ni sambut dekat dalam phone je.. Owh sadis.. Ade lah sekali masa time tengah study dulu, Mat Aming ada datang masa birthday tapi masa tu pun dah lepas sehari,dah belated tak syok lah..hahaha Tapi takpe lah bagi aku sekadar ucapan je pun dah cukup as long as dia masih ingat tarikh tu bila..yedak..hohohoho

Aku tak letak high expectations on my partner to be a romantic pun.. Sebab aku dah tahu memang dia jenis bukan reti nak ber'jiwa'.. Kalau u'olls ladies dapat sepeten macam ni jangan cepat terasa.. Terima seadanya walaupun u'olls ladies jenis suka layan drama korea (eh apehal).. Candle light dinner takde,kita 'I-City Light Dinner' pun boleh.. Jadilah dari takde kan.. Sekadar dapat buat kita gembira,buat kita tersenyum sebenarnya dah cukup.. hahaha

Dibawah sinaran lampu LED I-City kita memadu kasih sambil minum air tembikai madu.. Nampak rare disitu bukan.. Ok sekian sahaja cerita hari jadi saya.. Dah jom balik..



Hoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... Tu je ke..



Kek mana kek..?? Takde ke..??



Kesian..












Taraaaaa..

Terima kasih untuk pertama kalinya dapat kek dari awok..:')

Ingatkan dah habis sampai dinner dibawah sinaran lampu I-City je tadi rupanya esoknya ada lagi sambutan.. Tapi kali ni dekat rumah je nyah.. Tibe-tibe balik bawak kek.. hehe Dinner berdua dekat rumah lagi syok yedak.. Tak caya u'olls try lah.. "Mat Aming tanya nak romantik tak..??".."OK"..Terus dia pasang lilin cake.. Lepas tu tutup lampu dapur.. Nah kan romantik "Candle Cake Light Dinner" katanya.. Tapi fefefefeeling kamiorang  tak lama.. 10 minit kemudian................."Eh pergi bukak lampu balik lah tak nampak tulang ikan ni"...hahaha

Hai kawe gengster Kg Cherang..



Ya Allah,panjangkanlah usiaku,
Agar lebih lama dapat ku mentaati Mu,
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,
Moga diakhirat kelak ku mengutip hasilnya.

Ya Allah,tambahkanlah amalanku disaat bertambah usiaku,
Jadikanlah cahayamu yang bersinar menyinari jalanku,
Rehatku adalah rantaian zikir,
Rantai yang ku kalungkan pada leherku,
Sebagai tanda cintaku pada Mu.

Ya Allah,Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku,
Mencari haruman syurga ciptaanmu,
Tempat rehat dan nikmat abadi.


AMINNN...:)




lagi link pasal besday :-

dan



(p/s : bulan doplas besday Mat Aming pulak...ermmmm nak buat ape ntah..dinner lampu kalimantang dekat beranda rumah pulak lah..macam sweet je,,macam best je,,macam comel je,,macam hampehhh)

Sunday, October 27, 2013

♥ home made ice-cream ♥




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ






Minggu lepas ada tengok orang buat ais krim sendiri dekat rancangan Wanita Hari Ini.. Dia ajar acane nak buat 'diet ice cream' using buah-buahan.. Memang nampak menarik lagi-lagi untuk mereka yang suka makan ais krim sebab tak payah susah-susah nak pergi kedai beli.. Lagi-lagi ais krim yang dah sedia ada tu kebanyakannya mengandungi bahan pewarna dan bahan-bahan yang kurang sesuai untuk kesihatan kita.. Namun dengan home made ice cream ini tiada lagi halangan untuk mereka yang tegar dengan ais cream kerana home made ice cream ini tidak mengandungi sebarang bahan yang tidak sesuai malahan boleh menjadi menu diet yang sihat.

Disebabkan pengaruh media elektronik agak kuat terhadap tuan tanah makanya dengan sepantas kilat terus aku try search resepi 'how to make home made ice cream'.. Memang berderet-deret keluar resepi tapi seorang chef yang bijak kena pandai memilih resepi yang sesuai.. hahaha poyo bak hang.. Sebenarnya antara banyak-banyak resepi aku lagi prefer resepi yang maha simple,tidak menggunakan banyak bahan serta tak complicated untuk dibikin.. Kalau complicated lepas tu ambil masa berejam-jam memang tobat nyah,i'olls tak akan buat..haha


Perfect.. Colourful gila this ice cream mould. Jalan-jalan ternampak apalagi terus grab.. Lepas tu post dekat insta and faceby dengan niat nak jeleskan my sista'...yeahhhhh

Let me introduce u'olls ingredients yang kita guna dalam pembikinan 'home made ice cream' ni..

VA+LO ICE CREAM RECIPE

          Bahan-bahan :-

  • 1 cawan susu (full cream/low fat/fresh milk) -terpulang kau nak pilih susu yang mana.. I choose dutch lady full cream milk
  • 1 cawan coffee mate 
  • 2 sudu kecik vanilla essence 
  • 2 sudu besar milo - nak tukar flavor  pun boleh 

          Cara membuat :-

  1. Campurkan susu,coffee mate dan vanilla essence kemudian blend kan sehingga sebati.. Aku guna blender je senang janji blender kau takdek bau lada kering..haha Pastikan sukatan dia sama.. Kalau kau nak buat 5 cawan susu make sure sukatan untuk coffee mate pun 5 cawan jugak dan begitulah sebaliknya.. Blend sampai betul-betul sebati kemudian tuang dalam bekas macam kat bawah ni.. 
  2. Lepas tu silalah masukkan didalam refrigerator selama lebih kurang 2 jam.. 
  3. Setelah 2 jam keluarkan semula ice cream tersebut dan blendkan sekali lagi.. Tujuan kita blend untuk kali yang kedua adalah untuk membuang crystal ice yang ada.. Barulah hasil ice cream kita smooth je sebijik macam yang dalam tuperware dekat kedai tu.. 
  4. Then bekukanlah semula dalam 5-6 jam sampai betul-betul keras. 
  5. (Untuk yang nak buat flavor lain-lain tu semasa proses memblend buat kali yang pertama pastikan hasilnya dibahagikan kepada 2 bekas.. 1 bekas kau letak vanilla essence 1 bekas lagi kau letak lah perisa milo ke apa ke) paham ke idok..


Kat atas ni hasil setelah diblend buat kali kedua.. Lepas tu aku tuang sebekas lagi yang aku letak milo flavor.. Konon-konon nak buat ice cream pelangi lah.. Putih coklat putih coklat tapi terlajak banyak colour coklat.. Dah tak hot colour ice cream i nyah.. ahhh mencikkk

Taraaaaaa siap resepi "VA + LO ICE CREAM" (vanilla+milo) aku.. Sambutan amat menggalakkan,aku baru sempat 3-4 suap yang lain dah kena bedal.. Kejammmm....



Sekarang aku nak introduce menu seterusnya pulak.. "DIET ICE CREAM"...cekidauuuut



ORANGE-MORANGE YOGURT ICE CREAM

          Bahan-bahan:-
  • 3 sudu yogurt - (aku guna natural yogurt kalau nak guna yang ada flavor pun boleh)
  • 1 biji buah oren - (dibuang biji dan dipotong dadu kecil-kecil)
  • 2 biji buah oren - (diperah dan diambil jusnya)
  • Sedikit madu - (kalau nak manis buah tak payah letak kalau nak manis sikit letak lah sikit madu)

          Cara membuat :-

(resepi ini dapat menghasilkan 4 batang ice cream sahaja)
  1. Masukkan yogurt,sedikit madu dan perahan jus oren didalam blender. Kemudian dikisar sehingga sebati. Aku tak guna gula sebab gula mahal.. (ok takdek kena mengena) kata diet so no sugar ok..
  2. Kemudian masukkan buah oren yang sudah dipotong dadu kedalam ice cream mould.
  3. Then masukkan pula hasil yogurt dan jus oren yang sudah diblend tadi kedalam mould tadi sehingga penuh..
  4. Simpan didalam refrigerator sehingga ice cream keras


Taraaa... ORANGE-MORANGE YOGURT ICE CREAM siap untuk ditelan.. Menu ni Mr Hubby aku tak berkenan sangat sebab guna yogurt.. Masam-masam sikit.. Orang yang suka yogurt ok la mempelbagaikan menu..

DRAGON MASTER YOGURT ICE CREAM

          Bahan-bahan :-
  • 3 sudu yogurt - (aku guna natural yogurt kalau nak guna yang ada flavor pun boleh)
  • Suku biji buah naga (dragon fruit) - (dipotong dadu kecil-kecil)
  • Suku biji buah naga(dragon fruit) - (dipotong kecil untuk diblend)
  • Sedikit madu - (kalau nak manis buah tak payah letak kalau nak manis sikit letak lah sikit madu)

          Cara membuat :-

(resepi ini dapat menghasilkan 4 batang ice cream sahaja)


  1. Masukkan yogurt,sedikit madu dan suku biji buah naga didalam blender. Kemudian dikisar sehingga sebati. 
  2. Kemudian masukkan suku buah naga yang sudah dipotong dadu kedalam ice cream mould.
  3. Then masukkan pula hasil yogurt dan buah naga yang sudah diblend tadi kedalam mould tadi sehingga penuh..
  4. Simpan didalam refrigerator sehingga ice cream keras..
Hi u'olls.. Nama i DRAGON MASTER YOGURT ICE CREAM.. Amacam mengancam tak warna i..haha

Menu yang paling syok hat ni la.. Combination of 2 menu above.. ORANGE-MORANGE+DRAGON MASTER.. Bila digabungkan meletop aku tak tahu nak singkatkan jadi apa.. Kau pikior lah sendiri nyah.. OK lah selamat bersihat dan berdiet yer u'olls..



(p/s : lepas ni dah boleh try guna buah-buahan lain pulak.. pisang,durian,strawberi,kiwi ke apa ke yedak.. jom try lepas tu share dengan aku)

Wednesday, October 23, 2013

♥ sticky rice with chicken recipe ♥




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ





Hari ni macam nak buat segmen "Masak Memasak Masaklah Kau".. Takde resepi yang hot jadi aku malas nak share kat belog.. Setakat masak 'Ayam Masak Negro' a.k.a (ayam masak kicap) apalah sangat sampai nak buat entry bagai yedak jadinya aku pun tunggulah kot-kot ade resepi vavavooom.. hahaha 

Ok lah hari tu Mat Aming ada bawak balik "Pulut Ayam".. Selama hidup tak pernah lagi dengar menu tu.. Almaklumlah sejak berhijrah ke tempat orang ni macam-macam lah menu baru yedak lagi-lagi kalau dah duduk disempadan Thailand ni.. And yes "Pulut Ayam" is one of the menu comes from there.. Curlass kau Jah sekarang nak try "Masak Memasak Masaklah Kau" menu-menu dari seberang sana pulak..

Untuk segmen kali ni Chef Jah Hot akan ajar cara macam mana nak masak "Sticky Rice with Chicken".. Omputih sangat u'olls.. Pulut Ayam je senang yedak.. Actually aku sendiri tak pernah try pun lagi buat tapi bila try search resepi nampak macam senang dan pimple simple.. Dah jom belaja buat sama-sama jom..


pulut secoet + ayam sikit + 2 bungkus sos thai + dan ditaburi bawang goreng maka jadilah "Pulut Ayam"


Bahan-bahan 

  • 1 kg beras pulut - cuci dan rendam (ni kalau nak buat kenduri ok la dalam 10 orang makan)
  • ~kalu guna beras pulut biasa - rendam 7-8 jam~
  • ~kalu guna beras pulut susu (Thai) - rendam 3-4 jam sahaja~ 
  • 1 ekor ayam- potong/cuci/tos
  • *garam + serbuk kunyit
  • *4 sudu besar rempah kari daging
  • *6 batang serai - dihiris nipis/tumbuk pun boleh
  • 6 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 cawan bijan
  • bawang merah - hiris nipis/goreng macam biasa
  • sos cili thai maggi/mae pranom thai
  • daun pandan - carik-carik atau gunting pendek-pendek
  • bahan bertanda * diperap bersama ayam selama 30 minit (lagi lama lagi sedap kot)
  • ~kalau suka boleh letak maggi cukup rasa bersama bahan perapan~


Cara-cara

  1. Kukus pulut bersama daun pandan, (nak letak daun pandan dalam air kukusan pun boleh) - kukus 30 minit atau hingga masak.. 15 minit pertama buka periuk kukus & renjis-renjis dengan air masak pada permukaan pulut, tutup semula periuk & kukus semula hingga masak
  2. Ayam diperap bersama bahan bertanda * selama 30 minit, kemudian masukkan tepung jagung - gaul mesra diikuti bijan dan gaul lagi
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam macam biasa
  4. Apabila semua dah siap, boleh lah menikmati pulut kukus bersama ayam goreng, bawang goreng & tak lupa sos cili thai @ mae pranom thai

untuk keterangan lanjut resepi disini 

Tapi kan setelah aku perati resepi ni sebenarnya lebih kurang macam masak Ayam Goreng Berempah jugak lah sikit-sikit.. Mungkin beza dia kita makan colek sikit dengan sos thai.. Lepas tu beza dia makan dengan pulut yelah orang-orang alik sana kan lebih prefer pulut more than nasi macam kita.. Macam menu "Khao Niaow Ma Muang".. Natang ni memang lejen woi.. Bila gabungkan dengan santan pekat tu huhhh sedap dia tak payah cakap tak hengat bak hang..

"Khao Niaow Ma Muang" nama thailand sangat.. Padahal Pulut Mangga je pun.. hahaha Sepinggan ni kalau dekat Shah Alam tu ari makan berbelas-belas dekat dua puluh ringgit.. what the heck..


(p/s : orang thai masak banyak sedap.. sekali makan mesti teringat-ingat.. macam kakak aku ah asyik tanya je bila lagi nak pegi telen makan.. macam kat Malaysia tak da makanan.. tapi siriyessss memang sedap..hahaha)

Monday, October 21, 2013

♥ my hair designer ♥






السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ






Budak-budak kecik zaman sekarang bukan macam budak dulu-dulu.. Mak bapak budak kecik sekarang dah pandai bawak pergi salon pergi buat rambut.. Budak kecik se'geng' ngan aku dulu semua pakat gunting rambut dekat rumah je.. Kalau pergi kedai gunting Haji Awi mau keluar 4-5 ringgit zaman tu lah.. Gunting kat rumah free je..

Dulu 'hair designer' aku adalah mak aku.. Masa kecik memang tak pernah merasa hidup berambut panjang.. Mak aku memang pantang tengok panjang sikit mesti dia nak potong pendek.. Mungkin masa kecik-kecik gaya hidup terlampau aktif.. Suka main pasir bagai sebab tu tak leh bajet gegel tu.. hahaha Kalau mak aku dah keluarkan cermin,gunting besar warna hijau,dengan alat nak cukur rambut zaman dulu tu mesti aku dah tau dah sampai masa rambutku terpaksa dikorbankan.. Dengan rela hati terus capai kekuda duduk sambil balut badan dengan kain basahan mandi takut rambut melekat dekat baju..


Lejen menda alah ni.. Aku tak tau lah zaman sekarang ada orang guna lagi ke tak.. Tapi ni lah yang 'hair designer' aku guna dulu.. Sebelah boleh buat sikat sebelah lagi dia letak pisau gillette dekat dalam dan function dia sebagai pencukur.. Aku try google gambar real tapi jenuh tak jumpa.. Jadi terpaksalah aku gunakan bakat melukis aku dengan sebaik mungkin.. Nasib baik adalah 'ghupe' jugak.. Aku tak tahulah natang apa orang panggil sebenarnya. Pernah tengok tak weh..??

Itu cerita berbelas tahun lepas.. Sekarang dah tahun 2013.. Sejak anak-anak mak aku dah besar-besar belaka kau ingat 'hair designer' aku dah pencen profesion ni tapi rupanya tak.. Sekarang dia dah ada model baru.. Model ekperimentasi terbaru mak aku menurun pulak dekat Nurul Iman.. Fesyen rambut depan tutup dahi jendol tu yang mahal.. Sebijik macam dulu.. 

 Peace yor.. "Nenek Kayah,,you are my lejennn" said Nurul Iman.. 





(p/s : kalau masuk pertandingan suruh aku teka mana satu yang mak aku potong gerenti aku boleh cam sebab fesyen dia satu je dari dulu sampai sekarang,,ala-ala tempurung sikit tapi tu yang 'rare' tu.. Lejennn forever)

Saturday, October 12, 2013

♥ no bra day ♥




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ






Mula-mula dapat gambar sharing by someone dekat WhatsApp group 'Geng Kaki Ketum dan Kopi Misai Tegar'..hahaha Lepas tu rasa macam eh 'siriyessssly' sebab bebudak ni suka sangat edit mengedit editlah kau ni.. Terus aku pergi google nak tahu kesahihan cerita ini.. And hoi again sound like 'siriyessssly'.. I found this..

 The same picture they sharing dekat WhatsApp hari tu..


13th October.. NO BRA DAY.. Yes memang ini salah satu "Breast Cancer Awareness" .. Kalau ikutkan memang patut pun buat kempen-kempen kesedaran ni.. Tapi kan pendapat aku lah kan sesuai ke..?? Can you imagine women going out braless.. Hoiiii kalau setakat duduk dekat dalam rumah terperuk sengsorang dalam bilik tak pe lah kot.. Nak tertonggeng terlentang without anything pun tak pe tak dek sapa nak heran tapi kalau nak keluar 'braless' tu kalau aku memang idoklah mak nyahhhh... hahaha


Kenapalah dia tak buat support dengan cara pakai baju pink,,tudung pink,,seluar pink ke (Pink Day) ,, ikat reben merah kat pergelangan tangan ke boleh jugak dipertimbangkan nak join.. Ini 'braless'.. Hey ladies out there kau nak sahut cabaran ni ke..?? Siriyessslyyyy...


(p/s : sang jejaka-jejaka tak payah nak tertunggu-tunggu sangat tarikh tu sambil sengih-sengih..caittt)

Wednesday, October 9, 2013

♥ loghat -Perbezaan antara Pak Jabit dan Buah Jabit- ♥


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ






Sejak berhijrah ke bumi Cik Siti Wan Kembang ni ada satu masalah yang aku terpaksa hadapi.. Masalah yang terpaksa aku hadapi adalah dari segi komunikasi.. Terasa 'soft skills' aku dengan warga-warga disini sangat lemah.. Makcik-makcik,,pakcik-pakcik maaf yer saya bukan sombong tak reti nak melayan masalahnya saya kadang-kadang sangat lembab 'lampi' untuk memahami setiap butir bicara anda sekalian..

Loghat/slanga/dialek/bahasa kita berbeza.. Kalau setakat basic tubik,gege,supik,derak,teriok,kelik,gocoh tu aku paham lagi lah.. Tapi kalau dah masuk zone 'pure' punya loghat lepas tu jenis cakap bapak segala laju memang dari hujung rambut sampai hujung kaki mintak ampun memang tak paham..Terpaksalah sengeh sahaja.. Orang gelak kita gelak.. Orang tanya kita blurr.. hahaha Dah satu hal nak kena cari translator pulak dah.. Haigooo..


Situasi 1 - Ada orang datang nak ambil barang

Orang : Kak,,Mat Mie suh kito mari amek 'sobil tanoh' ..
D.J.H : Haaaaa.. (sambil buat muka blur)
Orang : Alooo hok yang mace teropong,panje-panje tu..
D.J.H : (sudah la mamat ni hamenda la hai) Meta deh kak nok tepon Mat Mie meta tanyo..

trut..trut..trut..trut..
D.J.H : Menda tu.. Sobil cobe cabai saya tahu lah.. (taksempat salam dah ha)
M.A : hahaha dah agak.. Alat nak ukur tanah tu ada kat atas sofa tu..
D.J.H : Cehhhh..

Situasi 2 - Mat Aming bawak balik buah

M.A : Ambil 'woh s'setor' atas meja tu jap.. Tadi ada orang bagi..
D.J.H : Eh mana ada nye,,buah manggis adalah..
M.A : Ya ampun.. 'Woh s'setor' tu buah manggis la sayang oit..
D.J.H : Eh bukan buah stor tu yang kulit tebal tu ke.. Yang warna coklat tu.. Yang hari tu tu..
M.A : Tu 'Woh sto' ni 'Woh s'setor'.. Lain..
D.J.H : (Eh apesal pronunciation sama je eh).. aishhh

This is Kota Bahru  'buah sto'

This is 'buah s'setor' a.k.a manggis




Nak dijadikan cerita




Pada suatu hari selesai balik dari membeli barang dapur,aku dan Mat Aming singgah ke rumah 'ibu mertuaku' sebentar..

I.M.K : Baru kelik paso ko..?? Mek baru nok kirim beli 'woh topoh' nge 'woh jabit'.. Teringin bena nok make..

I.M.K =  Ibu Mertua Ku


Aku pandang Mat Aming,,Mat Aming pandang aku sambil sengih-sengih nganjing.. Sadis sungguh rasa diri ni.. Parokkkkkkk...





(p/s : Kadang-kadang terpaksa google nak tahu apa dia.. Relax Jah tak lama lagi terer lah tu 'kecek kelate' yedok.. Lepas ni aku nak ajar Mat Aming 'bersurah banjar' pulak.. Baru dia tahu langit tinggi rendah.. Fair lah kan sama-sama belajar.. kehkehkehkeh)

Tuesday, October 8, 2013

♥ The Solemnization of (Amin + Fiza) ♥




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ







24 Mei 2013,Jumaat bersamaan 14 Rejab 1434 Hijrah.. Dengan izin Allah,,Alhamdulillah dengan sekali lafaz maka sah diriku menjadi milikmu (blushing)..Hampir 9 tahun usia perkenalan terima kasih Allah untuk perngakhiran ini.. Kami mohon semoga hari-hari mendatang kami dibawah lindunganmu.. Limpahkanlah kebahagiaan buat kami semoga kekal hingga ke Jannahmu..


"Dan diantara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapat ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan diantara kamu berdua mawaddah dan rahmah" 
Surah Al-Rum,ayat 21


Hari tu dah post entry pasal "My Outdoor Wedding Photoshoot" kan.. Jadi hari ni aku nak sharing moment-moment masa majlis akad nikah pulak.. Terpaksa post part by part kalau nak post sekaligus mau panjang kemain macam baca novel pulak yedok.. Mempersembahkan......


Date : 24 Mei 2013/14 Rejab 1434 Hijrah
Day : Penghulu Segala Hari
Venue : Teratak Ayah Bonda
Theme : Off White

Mat Aming nampak putih disini.. Mungkin faktor lighting yang memancor-mancor disana sini..  Eleh padahal takut lettew.. Ini disebabkan oleh hormon cuak,nervous,gigil dah mula merebak keseluruh tubuh.. Semua lelaki akan rasa macam tu percayalah.. hahaha


 Mohon Mok Incik jangan salah paham.. Abah setia hingga hujung nyawa jangan risau..

 Cuak lettew.. kehkehkeh

 "Aku terima nikahnya 'Daten Jah Hot' dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai"


After majlis
Daten Jah Hot : Awok terer ah sekali je..
Mat Aming : Tengok orang lah.. (sambil keseh hidung)
Daten Jah Hot : .......... (sumpah begagak oit)

 "ha guana aokme sume sah ke idok ni..??" kata Tok Kadi kepada kawan-kawannya..
"Sah sah sah" sebulat suara kedengaran..


Terima kasih Ya Allah untuk ini.. :')


Acara membatalkan air sembahyang

Dulu sorang.. Forever alone..

Kini berdua.. Together forever..

Ok dah habis dah adegan ber'plesing'..Sekarang turn aku nak cerita pulak cerita disebalik tabir..

Ramai yang tanyer "Hey dekat mana u buat baju nikah ni".. "Mahal tak nok"..

Asal usul dia kain dia aku order dari kawan dekat tempat kerja.. Dia selalu pergi Indon beli barang-barang untuk kawen termasuklah fabric-fabric untuk buat baju kahwin..  Aku pun tompanglah sekaki mintak dia tolong beli.. Cuma hulur duit dan bagi tahu tema aku nak 'off white'.. Dan disebabkan pengalaman dia dah banyak dia yang suggestkan suruh beli fabric jenis chiffon lembut sebab nanti di jatuh flawless gitu.. So untuk baju aku ni memerlukan sebanyak 5 meter kain sebab aku buat sekali dengan veil yer nak.. Harga puas hati murah nyah dan berbaloi sangat.. Kalau tanya dekat Jakel uish kemain tak sanggup den.. Jadi pergi survey sekarang sapa yang nak pergi Indon boleh kirim mirim.. Yehaa..

sekadar gambar hiasan

Untuk lace pulak dia belikan aku dalam 1.5 meter je.. Lace dia lebih kurang macam atas ni lah jenis sebidang besar lepas tu aku just gunting satu-satu tepi-tepi dia secantik molek sebelum ditepek dibaju.. Tu pun banyak lebih sebab aku tepek sekali dekat veil.. Bajet nak sama-sama sedondong gitu ngan baju.. Ewahhh


Untuk baju pulak aku pergi hantar kedai.. Aku hantar dekat satu kedai aunty chinese dekat Jerantut.. Upah dia ambil RM80 sahaja.. Murah bukan.. Design baju kurung moden cekak musang,,lengan berbutang dan berkain kembang semangkuk duyung.. Tapi yang menguji kesabaran cumalah tempoh dia nak siapkan.. Tips untuk u'olls kalau nak tempah baju nikah tempahlah awal-awal lagi-lagi yang nak jahit manik sendiri macam i'olls.. Kadang-kadang ada tukang jahit yang terlupa.. Macam i'olls.. Over sebulan dari tarikh sepatutnya aku ambil.. Owh nasib sempat.. Dan selalulah berhubung dengan tukang jahit u'olls yer untuk mengetahui perkembangan walaupun u'olls kenal dengan orang itu.. Ingat tu..

Close up sikit.. Disebabkan lace yang kawan aku ni beli dah ada manik kecil-kecil yang dijahit sekali makanya aku just tambah pearl yang bersaiz sederhana untuk menyerikan majlis.. haha Kalau berani dan kretif boleh beli pearl yang berwarna-warni janji ngam dengan baju dan cantik dipandang.. Wah gitu..


Ramai yang cakap "Rajinnya ko jah menjahit manik bagai".. Eh tahukah anda dalam proses menepek lace dan menepek manik aku tak menggunakan seurat benang langsung.. Yer betul tak tipu woi.. Untuk lace aku guna "fabric glue" jenis ni.. Memang sebijik macam dalam gambar ni.. Glue dia colour putih susu.. Harga aku tak ingatlah dalam belas-belas rasanya.. Memang kuat tak tercabut pon lace nya.. Dan yang paling penting sekali bila glue dia dah kering tak nampak kesan comot dekat baju pun.. 



Untuk manik pulak memang tak rajin ah nak jahit kemain banyak gitukan.. Makanya ini penyelesaiannya.. Gam untuk manik ni warnanya clear.. Yang aku beli tu hari bukan macam dalam gambar ni tapi warna bekas dia sama kelabu jugak.. Harga dalam 4 5 ringgit je rasanya.. Senang lekat guna gam je.. Janji kuat dan tak tercabut.. Owh i loike...

Hai ini kasut kite.. Masa majlis kita tak pakai pun sebab majlis kita buat dekat rumah je.. Macam poyo pulak nak keluar dari bilik pakai kasut.. Masa photoshoot pun kita tak pakai sebab kain kita jenis kembang semangkuk tak nampak kaki pun.. Sekarang dia tengah bertapa dalam lemari.. Sapa nak kita let go.. Murah je sebab kita beli pon time sale.. Price boleh negotiable.. Eceh  Jenama VINCCI.. Muat untuk kaki saiz 5-6.. Warna cream.. PM kite yer.. hehehehehehe

Singgahsana nan indah hasil nukilan dari "Diana Gallery".. Superb terbaik service dia..  Siapa yang nak guna khidmat dia moh ler moh ler..

Pak pak pong pong,,pak pak pong pong.. Practice untuk bersanding hari esoknya.. hahaha

Dahla sekian sahaja sketsa pendek hari ni.. Esok ke lusa ke cerita pasal wedding reception pulak yer..
Kbaii..




(p/s : Raya Haji ni turn beraya kat cini.. ermm nak mintak tukar agak-agak boleh ke dok eh.. aaaaargh tak bestnye)

Sunday, October 6, 2013

♥ menganjing ♥




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ










Menganjing.. Bahasa lemah lembut sikit 'membahan/mengenakan'.. Kalau bahasa kuang ajo pulak orang panggil meng'auk auk'.. Duduk rumah berdua laki bini takde kerja lain nak buat kita bahan-membahan lah sesama sendiri.. Aktiviti masak lapang kamiorang selain aktiviti membunuh setan 'terrorist' dalam PS2.. hahaha.. Alkisah toiyibbb...

Tarikh : 5 Oktober 2013
Hari : Sabtu
Tempat : Home Suweet Home

D.J.H = Daten Jah Hot
M.A = Mat Aming

6.30 pagi
D.J.H : Pa,,jom g tengok bola kat stadium nak.. Hari ni ada game 'Red Warriors' kan.. Jom la...
M.A : Tak nak lah.. Tiket habis dah.. Full House.. Kalau nak,,petang semalam dah kena beratur beli tiket..
D.J.H : Eleh alasan.. Padahal takut kecewa 'Red Warriors' kalah kan.. Yelah hari tu kena baham teruk dengan rimau.. Susah lah kot nak kejar 2 gol.. Ish susah susah susah..
M.A : Eh eh betul lah.. Awak tengok dekat rumah je lah.. Lagi pun saya kerja hari ni.. Balik lewat sikit tengah malam kot..
D.J.H : Yolah.. Saya tengok sorang-sorang jelah ni kekalahan menyedihkan pasukan awak..hehehehe (sambil berlalu pergi memasak sarapan pagi)

8.00 pagi
M.A : Gemok,,saya nak pergi kerja dah ni.. Jaga diri jangan makan je kerjanya..kehkehkeh
D.J.H : Suka suki je panggil kita gemok.. Ok Ok booooooooo boooooo (sambil melambaikan tangan) 'Red Warriors' eh eh eh salah pa maaf maaf nak cakap bubbaiii pa.. Drive elok-elok.. (yesssss dalam hati)..
M.A : Cehhh sempat lagi tak pe tak pe..


10.00 pagi
(capai handphone untuk meng'sms' Mat Aming)

D.J.H : Pa,,awak nak tahu sesuatu tak..??
M.A : Apa dia..??
D.J.H : Hari ni 'Red Warriors' awak kalah.. hehe.. Kesian kan.. Saya rasa dah patut bungkus-bungkus budu bawak jual kat Pasar Siti Khadijah.. kbai nak bagi tau tu je..kekekekeke
M.A : Kuang asam punya bini.. Takpa kalah menang 'Red Warriors' tetap dihati.. 90 minit macam-macam boleh jadi sayang.. Bola tu bulat.. Tak ada apa yang mustahil dalam dunia ni.. Gomo kelate gomo..


10.00 malam 
(tut tut bunyik sms masuk)

M.A : Apa cita yunk.. hehehehehehe 
D.J.H : .krikkkk krikkkkk........ (tak balas)
M.A : Tak berani nak balas ke.. Pagi tadi bukan main 'menganjing' dia.. haha Kan saya dah cakap jiwa pahlawan merah tu pantang menyerah.. Hey hey hey cepat balas sms ni..hehehe
D.J.H : Maaf,nombor yang anda sms tiada dalam perkhidmatan kami..
M.A : hahahahahahahahahaha tu makan dia..



12.45 tengah malam
M.A : Assalamualaikum.. Assalamualaikum.. Assalamualaikum.. Assalamualaikum.. Assalamualaikum..Assalamualaikum..
D.J.H : Waalaikumsalam.. Amboi banyaknya salam.. Saya dengar lah..
M.A : Lah saja bagi salam 6 kali.. Kata menang 6-1..
D.J.H : Erkkkkhh..
M.A : Eh diam je kenapa ni.. Pagi tadi bukan main kenakan saya.. Amboiiii...
D.J.H : krikkkkk krikkkkk...... (diam seribu bahasa)
M.A : Esok tolong kejutkan saya pukul 6 pagi yer..
D.J.H : Amboi awal nyer biasa pukul 6.30 baru bangun..
M.A : Biasalah kata 'Red Warriors' menang sumbat 6 gol.. Opsss terlebih pulak.. Assalamualaikum..
D.J.H : Dalam hati (caitttt kena balik aku)


Jadi moral of the story disini adalah "JANGAN BAHAN MEMBAHAN NANTI KENA BAHAN"


Bak kata sukanstar "Kalau tak mampu bersorak ketika pasukan anda dibangangkan,jangan bersorak ketika pasukan lain dibangangkan"

(p/s : Aku harap final nanti Kelantan jumpa Pahang Power.. Boleh buat perang dekat rumah dengan Mat Aming.. Siapa menang raya pertama tahun depan dekat rumah dia dulu.. deallll...)
Mat Aming kelate main semalam best.. Memang power..!! :)

♥ kerana 'DUA PULUH SEN' itu ♥


         
  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Perhatian : Mohon tidak mengaitkan entry ini dengan mana-mana parti politik.. Hanyalah sekadar perkongsian apa yang terjadi depan mata.. Komen yang tak memberangsangkan awasss lu,,gwa kerjain...!!! kehkehkehkeh







Aku suka makan burger.. Tapi sedikit cerewet.. Dalam banyak-banyak burger aku lagi prefer burger yang dok jual tepi jalan berbanding Burger King ke Burger McD ke Burger KFC ke apa ke.. Nama je mahal,,femes,,gempak tapi aku tak pernah nak rasa feel bila makan.. Berbanding burger tepi jalan tu feeling dia lain macam,walaupun murah tapi meletop vavavom.. Mungkin kasih sayang Pakcik yang buat burger tu meresap masuk kedalam burger dia.. Resepi rahsia tu..  Cewah

sekadar gambar hiasan

Alkisah minggu lepas balik Pahang Power.. Selamat jejak kaki ke bumi Jerantut terus terjah kedai burger feberet aku sepanjang zaman.. Lepas gian lama tak merasa burger Pakcik tu.. Menu kebret faberet  biasa order "Burger Daging Double Special".. Lepas order lelepak lah menunggu turn sebab ramai jugak yang dah order.. Sambil dok tunggu tu sempat lah ambil bau,,mak oit tak payah cakap feeling dia.. Tunggu dekat sejam pun tak perasan gara-gara nak lepas gian sangat.. Dok tunggu-tunggu borak lah 2 3 patah sikit dengan pakcik tu.......

Pakcik : Maaf yer dik lambat sikit,,ramai orang..
Aku : Eh takpe,,biasalah sedap mestilah ramai order kan..
Pakcik : Owh yer dik,,pakcik nak bagi tau ni..Start hari Isnin ni harga burger pakcik dah naik '50sen' yer..
Aku : Owh (sambil angkat kening)
Pakcik : Yelah dik pakcik tak leh nak buat apa.. Pembekal naik kan harga barang.. Daging burger naik,,roti burger naik sampai ke ais batu pun naik harga jugak.. Nak tak nak pakcik terpaksa naikkan jugak harga burger pakcik..
Aku : Tak pe lah pakcik biasalah tu 'sebab 20sen' tu jangan kata burger pakcik habis semua barang pun nak naik jugak.. Saya pun terkesan juga pakcik.. Tapi nak buat macam mana 'sebab 20sen' tu kena teruskan hidup jugak nak cari rezeki pakcik..
Pakcik : (terdengar sedikit keluhan disitu).. Nah dik burger adik dah siap maaf lambat yer..
Aku : Eh takpa saya paham.. Owh yer pakcik jangan risau walaupun burger pakcik naik harga tapi insyallah saya datang lagi sebab burger pakcik memang sedap sangat..

Nampak tak dekat situ impak 'kerana dua puluh sen' sahaja macam-macam boleh jadi.. Lu fikir lah sendiri.. Dah jangan dok komen "Burger Naik Harga Jadi Jangan Makan Burger" aku lempang lelaju karang.. Mungkin ini semua "Ketentuan Ilahi" (ayat cliche sesetengah pihak) yang penting kita kenalah ber"syukur kerana Malaysia masih aman"...kehkehkehkehkehkeh




(p/s : Owh bilalah boleh jejak kaki ke Pasir Gudang,,teringat burger dekat Taman Scientex depan kedai makan tu sedap jugak..sekarang ada lagi ke idok dah..urmmm yum yum..)

Saturday, October 5, 2013

♥ RESEPI PATIN TEMPOYAK BAKAR-MEMBAKAR ♥


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ






Bila dengar je nama Pahang Power Ya Amat mesti teringat mak.. Bila teringat mak mesti teringat masakan mak.. Bila teringat masakan mak mesti teringat "Masak Tempoyak Ikan Patin".. "Ikan Patin Masak Tempoyak" eh sama je dok susunan je lain.. Ah pedulikan.. Dan apa yang aku nak cakap sekarang adalah aku dah terbayang-bayang nikmat masak tempoyak dia macam mana..



Slurppp.. Titik-tikit air liur mula membasahi bumi.. Selain ikan patin dibuat gulai tempoyak seperti diatas ada lagi satu menu feberet aku sepanjang zaman.. Ok disebabkan dekat stegram tak boleh nak mengomel panjang sangat makanya aku nak start mengabadikan resepi "Masak Memasak Masaklah Kau" dalam belog pula.. Tajuk menu hari ini adalah 'PATIN TEMPOYAK BAKAR MEMBAKAR'.. 


Bahan-bahan : 
                       1. 1 ekor Ikan Patin
                       2. Tempoyak *
                       3. Secubit garam halus *
                       4. Daun kesum
                       5. Petai 
                       6. Bawang besar *
                       7. Cili Padi *

Bahan yang bertanda * perlulah ditumbuk hingga lumat.. Kalau malas nak tumbuk aku masukkan dalam blender dan kisarlah sampai lumat..


Ni adalah watak-watak tambahan dalam cerita kita pada hati ni yer saudara saudari sekalian alam..  Kuantiti banyak mana bergantung kepada anda sebenarnya.. Untuk resepi ini aku gunakan tempoyak dalam 2 sudu besar. Bawang besar sikit sahaja dalam suku macam tu.. Cili padi seketul sahaja sebab Mat Aming tak suka makan pedas (sapa suka pedas melampau tambah je cili) dan akhir sekali petai 7-8 butir dan dibelah dua..


"Gwa watak utama dalam sinetron ni"..hahaha 

Ok dan seekor ikan patin.. "Cef Jah Hot nak tanya,,kalau kita guna jenis ikan yang lain boleh tak..??"..... Ermmm ikan lain aku tak pasti,,nak tukar tu boleh tapi sedap tak sedap aku tak pastilah pulak sebab tak penah cuba,try,test..


Lepas tu leset meset lah bahan-bahan yang sudah dikisar tadi pada ikan kita..  Macam ni.. Letak lah diseluruh tubuh beliau termasuklah didalam perut nya.. Then campak sekali petai dan daun kesum..


 Kasi close up sikit..


Akhir sekali bungkus dalam aluminium foil dan siap sedia untuk dibakar diatas pan.. Actually lagi sedap kalau dibakar atas api... Tapi sebab rajin pulak aku nak pergi hidupkan arang dekat luar tengah-tengah hari buta ni kennnnnnn.. Owhhh tidak,,jadinya jalan penyelesaian lain adalah bakar atas pan sahaja.. Bakar atas api yang kecik yer sayang jangan besar-besar.. Bila sudah agak-agak masak sedialah untuk dihidangkan.. Yehuuuu..


Hasil akhir.. Eh apehal tinggal kepala je ni.. Caitttt