♥ sayunk-sayunk kuh ♥

Wednesday, March 26, 2014

♥ tabiat 'lejen' sepanjang zaman ♥




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ






Dulu masa kecik-kecik aku ada tabiat ni. Tak tahulah nak kategorikan tabiat baik ke tabiat buruk. hahahaha Nak dijadikan cerita hari tu anak-anak-anak-anak sedara aku ada datang rumah. (ramai betul anak-anak) Biasalah kalau cuti sekolah suka bebeno depaorang datang rumah tidur sini. Alasan bagi kat mak abah konon-konon nak pergi buat kerja sekolah. Eceh aku tau permainan sebenar budak-budak ni padahal motif utama datang lepak rumah aku sebab nak main PS. hahaha Tapi aku ok je,reward lah untuk depaorang sempena cuti sekolah ni yedak,janji sebelum balik rumah semula kerja sekolah mesti berehhhh.

Berbalik kepada soal tebiat tabiat tadi, alkisah semasa kami sedang bersantap dimeja makan tiba-tiba aku terkesima melihat salah seorang dari anak sedara aku. Terus teringat zaman kecik-kecik dulu. hahaha Cerita dia macam ni.........

 

Ok ini sepinggan nasi yang didalamnya ada nasi sedikit,ikan goreng,daging masak kicap dan juga sedikit sayuran yang aku wajibkan untuk ambil setiap seorang. Proses memenuhkan tangki perut berjalan lancar macam biasa sampailah beberapa minit kemudian......





Aku peratikan je dari tadi "Eh apesal tak makan lauk makan nasi je,tak makan ikan ke.?" soalku. Tiba-tiba orang disebelah menyampuk "Dia memang macam tu. Makan nasi dulu nanti bila dah habis baru makan lauk" .. hahahaha Terus ter'trobek' cerita zaman dulu-dulu. Memang sama,dulu-dulu aku pun macam tu jugak kalau makan apa-apa sanggup makan nasi semata-mata dulu last sekali baru makan lauk. Lagi best kalau makan mee goreng. Mak aku kalau masak mee goreng memang penuh aksesori ,nak makan mee kena selak-selak aksesori dulu baru jumpa. Mak aku punya aksesori macam-macam ada. 

Dari daging ayam,daging lembu,udang,kadang-kadang sotong pun ada,fishball,fish cake,sayur sawi,taugeh,cili besar,lobak merah,bunga kobis,putik jagung labu air,petola ular,timun cina (ehhhhh lelebih pulak) senang kata macam-macam lah dia letak. Jadinya bila time makan mee goreng je mesti aku tibai mee dia dulu sampai habis,lepas tu bermulalah sesi tabiat 'lejen' ni. Barulah makan lauk pauk dia pulak. Tak tahulah nak cakap apa punya tabiat tapi felling dia memang lain macam. Nikmat dia memang tak terkatalah. hahahahaha Tapi ada jugak buruknya tabiat ni. Buruk dia bila dah loggokkan lauk last-last mesti ada yang dok nak kecek. Kalau dulu kakak aku selalu curi,terliur lettewww..hahaha



Tapi kalau dah nama budak-budak tu tetap budak-budaklah yedak. Last-last pengakhiran macam ginilah. Terkontang kantinglah sayur tu sorang-sorang dalam pinggan. Forever alone orang kabo. hahahahahaha Mungkin lepas ni aku dah boleh asah bakat gubah sawi jadi pokok kelapa ke,lobak jadi zirafah ke yedak. Nampak menarik tertarik sikit. hahahaha



( p/s : Bila dah besar tabiat 'lejen' aku ni dah hilang yang tak boleh hilang bila aku makan burger je. Mesti nak makan roti atas-bawah dia dulu,dah habis baru makan daging dia. Bagi aku nikmat sebenar dia tertelak dekat daging dia. Lepas tu Mat Aming mula lah mintak nak sikit,kang tak bagi kang dia cakap berdosa tak dengar cakap suami. part ni aku lemah ni.aishhhhhh)

Tuesday, March 4, 2014

♥ kerana 'samah' ♥




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ





Jumaat adalah hari untuk ke Pasar. Kalau hari Jumaat mesti muka aku bertepek pepagi tak berapa nak pagi jugak lah dekat pasar. Tujuan utama si isteri mithali eceh eceh ceh ceh ceh ni tak lain tak bukan nak beli lauk-pauk lah. Jadi seperti kebiasaannya jugaklah sebelum kepasar aku akan prektis mengasah bakat ber'kecek' kelate didalam kereta. Dan seperti kebiasaan jugaklah Mat Aming akan jadi translator tak bertauliah aku. Time-time cam nilah sesuai nak tahu tahap softskill aku dengan orang macam mana. Lagi satu kalau kau kecek luar ada sesetengah peniaga ambik kesempatan dok ketuk kaw-kaw lagi-lagi kalau tempat shopping moping tu. Bajet aku terer kecek ni boleh dapat murah lettewwww...puiiii

Alkisah didalam pasar

Aku : Abe,bagi saya eh eh v kito ike goni sekilo deh,pahtu kito nok sutung etek.
Abe ike : Sutung ni nok brapo kilo.?
Aku : V kito setengoh kilo sudohla,pah aye ni etek setengoh kilo deh deh deh deh (macam dalam gua bergema)- nampak gwa menipu disitu. hewhewhew

Lepas tu berlenggang kangkung menuju ketempat jual sayur-sayur pulak. Dengan penuh perasaan bangga dan hidung kembang kuncup kembang kuncup sebab rasa terer giler bila memikirkan adegan membeli ikan tadi. hahahahaha

Aku : Kak kiro kak.
Kakak sayur : Tigo samah dik
Aku : (maheinyerrrrr bisik aku dalam hati sambil buat kening double jerk) Brapo..?? (konon-konon nak kepastian) hahahaha
Kakak sayur : Tigo samah
Aku : Ah sudah. Nah kak (sambil mengeluarkan duit seringgit tiga keping dan seketul duit lima puluh sen)
Kakak sayur  : Banyak sangat ni adik harga dia seringgit setengah je. (tetiba je dia tukar loghat sambil pulangkan RM2)
Aku : (kantoi sudah sambil berlalu pergi dengan perasaan penuh kemaluan) hahahahaha


samah (50sen) + samah (50sen) + samah (50sen) = TIGO SAMAH

Sekian terima kasih


(p/s : balik pasor cerita dekat Mat Aming macam nak pecah perut gelakkan orang. caittt
anyone who has never made a mistake has never tried anything new - albert einstein)