♥ sayunk-sayunk kuh ♥

Showing posts with label kisah kami. Show all posts
Showing posts with label kisah kami. Show all posts

Thursday, May 1, 2014

♥ hari pekerja saya ♥




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ





Salam 1 Mei. Entry pertama untuk bulan Mei. Kalau cakap pasal 1 Mei semua orang tahu hari ni 'Hari Pekerja'. Ingat hari cuti-cuti ni bolehlah pergi jalan-jalan. Huh harapannnnnnnnnnnn. Tuan besar hari pekerja pon bekerja jugak. Workaholic kemahen. Bertepek dekat rumah jelah jawabnya. Kadang-kadang naik menyampah jugak asyik kerja je ntah bila ntah yang tak bekerjanya. Duduk rumah pun bekerja jugak. (ahakssss)

Cuti-cuti ni penuhlah bandar dibanjiri warga-warga ni. Kadang-kadang musykil jugak aku ni sekarang duduk dekat Malaysia ke dekat oversea. Aishhhhh.

Cuti-cuti konon-konon nak bergelimpangan sampai lebam,tetiba dalam pukul 7 pagi lebih cenggitu ada bunyi orang ketuk pintu rumah. Terbeliak biji mata tersentak dari lamunan tidur diulit mimpi indah. hahahaha Jiran aku buat kindness lagi dengan bawak Nasi Lemak pinggan besar pagi-pagi. Huish terus kelip-kelip mata sambil tersengih-sengih. Dalam hati 'Alhamdulillah tak payah susah payah prepare sarapan untuk tuan besar' hewhewhewhewhew. 

Dah kenapa letak gambar pinggan kosong licin micin. Motif..?? Hang pikiorlah sendiri. Sedap Nasi Lemak jiran aku buat. Buat baik orang balas baik. Tak gituuuuu. hahahahahaha 

Jadi memandangkan hari ni 'Hari Pekerja' a.k.a hari cuti makanya aku ingin menyahut seruan pihak kerajaan untuk menjayakan semangat 'Hari Pekerja' tu. (sedikit kepoyoran terserlah disitu).  Terus hantar mesej dekat Big Boss dengan penuh harapan yang tinggi menggunung. eceh ceh ceh ceh.

Boleh cenggitu.? hahahaha

 Jawapan Tuan Besar ringkas dan padat "Agak-agak nak saya kawen lain ke.?"... Cehhh main psikologi nih.

"SELAMAT HARI PEKERJA 2014"

(P/S : Bab nak balas pinggan ni gwa lemah sikit. Tak tahu nak kasi apa. Nak masak power-power bukan terer sangat pon. Tapi memandangkan hari ni,esok dengan lusa cuti makanya hari Ahad lah baru balas. Sempat lagi nak pikiooo nak kasi apa,yedakkkk)

Tuesday, March 4, 2014

♥ kerana 'samah' ♥




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ





Jumaat adalah hari untuk ke Pasar. Kalau hari Jumaat mesti muka aku bertepek pepagi tak berapa nak pagi jugak lah dekat pasar. Tujuan utama si isteri mithali eceh eceh ceh ceh ceh ni tak lain tak bukan nak beli lauk-pauk lah. Jadi seperti kebiasaannya jugaklah sebelum kepasar aku akan prektis mengasah bakat ber'kecek' kelate didalam kereta. Dan seperti kebiasaan jugaklah Mat Aming akan jadi translator tak bertauliah aku. Time-time cam nilah sesuai nak tahu tahap softskill aku dengan orang macam mana. Lagi satu kalau kau kecek luar ada sesetengah peniaga ambik kesempatan dok ketuk kaw-kaw lagi-lagi kalau tempat shopping moping tu. Bajet aku terer kecek ni boleh dapat murah lettewwww...puiiii

Alkisah didalam pasar

Aku : Abe,bagi saya eh eh v kito ike goni sekilo deh,pahtu kito nok sutung etek.
Abe ike : Sutung ni nok brapo kilo.?
Aku : V kito setengoh kilo sudohla,pah aye ni etek setengoh kilo deh deh deh deh (macam dalam gua bergema)- nampak gwa menipu disitu. hewhewhew

Lepas tu berlenggang kangkung menuju ketempat jual sayur-sayur pulak. Dengan penuh perasaan bangga dan hidung kembang kuncup kembang kuncup sebab rasa terer giler bila memikirkan adegan membeli ikan tadi. hahahahaha

Aku : Kak kiro kak.
Kakak sayur : Tigo samah dik
Aku : (maheinyerrrrr bisik aku dalam hati sambil buat kening double jerk) Brapo..?? (konon-konon nak kepastian) hahahaha
Kakak sayur : Tigo samah
Aku : Ah sudah. Nah kak (sambil mengeluarkan duit seringgit tiga keping dan seketul duit lima puluh sen)
Kakak sayur  : Banyak sangat ni adik harga dia seringgit setengah je. (tetiba je dia tukar loghat sambil pulangkan RM2)
Aku : (kantoi sudah sambil berlalu pergi dengan perasaan penuh kemaluan) hahahahaha


samah (50sen) + samah (50sen) + samah (50sen) = TIGO SAMAH

Sekian terima kasih


(p/s : balik pasor cerita dekat Mat Aming macam nak pecah perut gelakkan orang. caittt
anyone who has never made a mistake has never tried anything new - albert einstein)

Wednesday, October 9, 2013

♥ loghat -Perbezaan antara Pak Jabit dan Buah Jabit- ♥


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ






Sejak berhijrah ke bumi Cik Siti Wan Kembang ni ada satu masalah yang aku terpaksa hadapi.. Masalah yang terpaksa aku hadapi adalah dari segi komunikasi.. Terasa 'soft skills' aku dengan warga-warga disini sangat lemah.. Makcik-makcik,,pakcik-pakcik maaf yer saya bukan sombong tak reti nak melayan masalahnya saya kadang-kadang sangat lembab 'lampi' untuk memahami setiap butir bicara anda sekalian..

Loghat/slanga/dialek/bahasa kita berbeza.. Kalau setakat basic tubik,gege,supik,derak,teriok,kelik,gocoh tu aku paham lagi lah.. Tapi kalau dah masuk zone 'pure' punya loghat lepas tu jenis cakap bapak segala laju memang dari hujung rambut sampai hujung kaki mintak ampun memang tak paham..Terpaksalah sengeh sahaja.. Orang gelak kita gelak.. Orang tanya kita blurr.. hahaha Dah satu hal nak kena cari translator pulak dah.. Haigooo..


Situasi 1 - Ada orang datang nak ambil barang

Orang : Kak,,Mat Mie suh kito mari amek 'sobil tanoh' ..
D.J.H : Haaaaa.. (sambil buat muka blur)
Orang : Alooo hok yang mace teropong,panje-panje tu..
D.J.H : (sudah la mamat ni hamenda la hai) Meta deh kak nok tepon Mat Mie meta tanyo..

trut..trut..trut..trut..
D.J.H : Menda tu.. Sobil cobe cabai saya tahu lah.. (taksempat salam dah ha)
M.A : hahaha dah agak.. Alat nak ukur tanah tu ada kat atas sofa tu..
D.J.H : Cehhhh..

Situasi 2 - Mat Aming bawak balik buah

M.A : Ambil 'woh s'setor' atas meja tu jap.. Tadi ada orang bagi..
D.J.H : Eh mana ada nye,,buah manggis adalah..
M.A : Ya ampun.. 'Woh s'setor' tu buah manggis la sayang oit..
D.J.H : Eh bukan buah stor tu yang kulit tebal tu ke.. Yang warna coklat tu.. Yang hari tu tu..
M.A : Tu 'Woh sto' ni 'Woh s'setor'.. Lain..
D.J.H : (Eh apesal pronunciation sama je eh).. aishhh

This is Kota Bahru  'buah sto'

This is 'buah s'setor' a.k.a manggis




Nak dijadikan cerita




Pada suatu hari selesai balik dari membeli barang dapur,aku dan Mat Aming singgah ke rumah 'ibu mertuaku' sebentar..

I.M.K : Baru kelik paso ko..?? Mek baru nok kirim beli 'woh topoh' nge 'woh jabit'.. Teringin bena nok make..

I.M.K =  Ibu Mertua Ku


Aku pandang Mat Aming,,Mat Aming pandang aku sambil sengih-sengih nganjing.. Sadis sungguh rasa diri ni.. Parokkkkkkk...





(p/s : Kadang-kadang terpaksa google nak tahu apa dia.. Relax Jah tak lama lagi terer lah tu 'kecek kelate' yedok.. Lepas ni aku nak ajar Mat Aming 'bersurah banjar' pulak.. Baru dia tahu langit tinggi rendah.. Fair lah kan sama-sama belajar.. kehkehkehkeh)