السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Bila dengar je nama Pahang Power Ya Amat mesti teringat mak.. Bila teringat mak mesti teringat masakan mak.. Bila teringat masakan mak mesti teringat "Masak Tempoyak Ikan Patin".. "Ikan Patin Masak Tempoyak" eh sama je dok susunan je lain.. Ah pedulikan.. Dan apa yang aku nak cakap sekarang adalah aku dah terbayang-bayang nikmat masak tempoyak dia macam mana..

Slurppp.. Titik-tikit air liur mula membasahi bumi.. Selain ikan patin dibuat gulai tempoyak seperti diatas ada lagi satu menu feberet aku sepanjang zaman.. Ok disebabkan dekat stegram tak boleh nak mengomel panjang sangat makanya aku nak start mengabadikan resepi "Masak Memasak Masaklah Kau" dalam belog pula.. Tajuk menu hari ini adalah 'PATIN TEMPOYAK BAKAR MEMBAKAR'..
Bahan-bahan :
1. 1 ekor Ikan Patin
2. Tempoyak *
3. Secubit garam halus *
4. Daun kesum
5. Petai
6. Bawang besar *
7. Cili Padi *
Bahan yang bertanda * perlulah ditumbuk hingga lumat.. Kalau malas nak tumbuk aku masukkan dalam blender dan kisarlah sampai lumat..
Ni adalah watak-watak tambahan dalam cerita kita pada hati ni yer saudara saudari sekalian alam.. Kuantiti banyak mana bergantung kepada anda sebenarnya.. Untuk resepi ini aku gunakan tempoyak dalam 2 sudu besar. Bawang besar sikit sahaja dalam suku macam tu.. Cili padi seketul sahaja sebab Mat Aming tak suka makan pedas (sapa suka pedas melampau tambah je cili) dan akhir sekali petai 7-8 butir dan dibelah dua..
"Gwa watak utama dalam sinetron ni"..hahaha
Ok dan seekor ikan patin.. "Cef Jah Hot nak tanya,,kalau kita guna jenis ikan yang lain boleh tak..??"..... Ermmm ikan lain aku tak pasti,,nak tukar tu boleh tapi sedap tak sedap aku tak pastilah pulak sebab tak penah cuba,try,test..
Lepas tu leset meset lah bahan-bahan yang sudah dikisar tadi pada ikan kita.. Macam ni.. Letak lah diseluruh tubuh beliau termasuklah didalam perut nya.. Then campak sekali petai dan daun kesum..
Kasi close up sikit..
Akhir sekali bungkus dalam aluminium foil dan siap sedia untuk dibakar diatas pan.. Actually lagi sedap kalau dibakar atas api... Tapi sebab rajin pulak aku nak pergi hidupkan arang dekat luar tengah-tengah hari buta ni kennnnnnn.. Owhhh tidak,,jadinya jalan penyelesaian lain adalah bakar atas pan sahaja.. Bakar atas api yang kecik yer sayang jangan besar-besar.. Bila sudah agak-agak masak sedialah untuk dihidangkan.. Yehuuuu..
Hasil akhir.. Eh apehal tinggal kepala je ni.. Caitttt
No comments:
Post a Comment