♥ sayunk-sayunk kuh ♥

Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Monday, February 17, 2014

♥ The 'bertandang' of (Amin + Fiza) ♥




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ






Hari ni entry lebih kepada 'baling' 'belakang' dalam bahasa up to datenya 'throwback' . ok tak lawak. Throwback kali ini aku nak story tentang 'Majlis Bertendang Bertandang' masa belah Mat Aming tu hari.  Motif sebenar dah nak dekat setahun baru gatal nak hapload adalah sebab aku tak puas hati dengan service gambar yang dia kasi. Jadi aku buat mogok,memang satu hapak pun takde gambar yang aku hapload samada sama ada samada eh eh (mana yang betul ek) di fesbuk,stegram,cool blog,tweeeeetewwwr (ok tweetewr aku talak). 

Yang ada pun sekeping je tu pun member skolah aku datang masa kenduri tu lepas tu dia hapload dekat fasebuk dia kalau tak memang haroooom aku tak hapload. So setelah berbulan-bulan aku buat mogok hasilnya tetap sama bukan aku dapat hape pun. puii Jadi hari ni aku bermurah hati nak kongsi gambar yang super power masa majlis tu.. (tangan dibahu mata keatas)

Ni satu-satunya gambar masa bertandang hari tu yang dihapload oleh member aku.

Bekwoh dalam bahasa Kelate atau nama saintifiknya kenduri kat sini memang meriah sikit. Kalau dekat tempat aku dalam pukul 4 petang orang dah siap bungkus-bungkus kemas khemah,gulai kawah dah jadi bonjrot. Pengantin pulak dah cecepat tukar baju masuk bilik (ok ni aku tipu)..hew hew hew hew Tapi yang berbeza kenduri dekat sini tetamu datang tak kira masa,majlis dia sampai ketengah malam pun ada. Hari tu sampai pukul 2 pagi pun ada orang datang lagi.

Kalau 2 3 orang takpe boleh dipertimbangkan mungkin jauh ambik masa lama,mungkin jugak siang tadi ada hal mustahak ermmm tapi tengok macam majlis siang hari pulak berdoyot-doyot orang. Masa kakak aku kawen dengan orang Kelantan pun macam tu jugak memalam pun ada orang datang lagi. Memang semangat WalimatulUrus dia lain macam. (clap clap clap). Tapi tak tahulah mungkin ada sesetengah kenduri dekat sini aturcara majlis dia masih standard macam biasa. Wallahualam. Berikut adalah kronologi semasa hari kejadian. peargh kronologi bagai kau.

 Jam 2.30 petang bermulanya perarakan masuk rombongan Cik Kayah yang diketuai oleh Iman Joyah..

 Masih lagi perarakan masuk Datin dan Dato..

 Lima minit kendian masih lagi perarakan masuk kali ini tanpa ketua Iman Joyah yang tinggal hanyalah Dato berkaca mata hitam sambil berkata "Eeeeeiii" dan disebelahnya pula Datin Hot yang mata melilau memandang ke mana ntah. 

 Tetiba gambar pasangan gagak merpati sejoli hilang,yang ada hanyalah gambar tetamu yag sedang bersalam-salaman. hehehehe

 Lepas tu ada balik gambar Dato yang tengah belek-belek kertas cabutan bertuah dan dibantu Datin Hot yang sedang menggendong Iman Joyah yang nangis teresak-esak sambil disaksikan oleh Yaya yang memakai baju I Lep Angry Bird dan mak aku yang dalam perjalanan naik tangga. (caption bapak detail)

 Permainan cukup mudah hanya selak sapu tangan yang ada ditangan dan lihat nombor yang tercatat disitu. Kalau EmCee yang pakai baju bolo gomo kelate gomo tu panggil nombor sama maka bertuahlah anda. bravo bravo bravo Aku try selak sapu tangan lap hingus Iman Joyah tapi yelek yang hado cuma "Made in China". Sori Joyah ni special untuk pasukan Penanggah yang dah banyak membantu menjayakan majlis je.hehehehehe

 Masih lagi upacara lucky draw. Posing Datin Hot masih lagi sama,sengih Dato berkacamata hitam tayang gigi pun masih sama dengan gambar diatas dan gambar dibawah. huhhhh

 Sesi beramah mesra dengan jejaka dengan sengihan tayang gigi yang sama.

 Sesi beramah mesra dengan jejaki pulak.

 Ibu Mertuaku..hewhewhewhew

 Letak caption sendiri

 Upacara lucky draw bawah khemah pulak. Aku tak tahu pun aturcara majlis,masak apa,persiapan macam mana masa majlis bertandang ni. Tau-tau masa datang je eh ada lucky draw,eh ada ntanyi-nyanyi,eh ada hiasan kat bilik,eh takde pelamin,eh ada tu,eh ada ni,eh ada pakcik tukang ambik gambar hasil kelaut. (part hire photog memang aku tau sebab aku yang request memandangkan kakak aku takde masa majlis untuk tolong snap gambar). 

 Kakak cun (aku tak tahu nama) baju biru nyanyi sambil berdiri.

 Anak buah Mat Aming gojes baju biru nyanyi sambil duduk.

 Kakak cun baju biru tak tahu nama apa nyanyi sambil ambik hamper.

 Kakak cun baju biru tak tahu nama apa sambung nyanyi lagi.

Masa bertandang memang tak plan nak buat apa-apa ingat just datang makan lepas tu balik. eh eh eh ewah. Tak sangka pulak ada hiasan bilik beradu ecehhhh. Memang persiapan belah Mat Aming aku tak amik tahu langsung. Baju pun masa pagi hari kenduri baru aku ambik test,nak dijadikan cerita rupanya style dekat sini tudung takde dalam pakej kena cari sendiri. Dah tak ke haru celah mana aku nak cari petang karang dah nak kenduri. Takkan nak free hair mau kena pelangkung dek mak mertua..hikhikhik So,nasib baiklah pagi tu ada pasar pagi dekat area kampung tu. Carilah aku tudung sploh hengget kaler kuning diraja ni ha. Bila ingat balik macam klako pulak nasib tudung je takde kalau dibuatnya baju tak muat menangis terhinjut-hinjut bahu la jawabnya..kehkehkehkeh

Kuning diraja lah sangat. Baju Mat Aming macam oren-oren je aku tengok. Ermmmm taram lah labu..

Lepas tu gambor tunduk sikit.

Lepas tu tukar posisi aku pulak duduk tunduk sikit.

Lepas tu bertenggek atas katil pulak.

Lepas tu macam tak best ajak anak sedara bergambor sekali.

Lepas tu panggil anak sedara dengan adik pulak.

Last-last tinggal sorang je dengan anak sedara.

Dan hasilnya dapatlah gambar saiz 8R ni tanpa frame,frame lah kau sendiri.

Owh boringnya. Sekian sahaja gambor kami..huh Memang agak tak berpuas hati sikit. Dah la photog datang lambat,gambar sebelum majlis langsung takde. Mat Aming dah marah-marah baru nampak batang hidung tu pun masa rombongan dah sampai. Soft copy pun takdek. Gambor pun hat ni je dah la posing sama je lepas tu boleh kira berapa keping tak berbaloi dengan pelaburan. Aku ingat redup-redup sikit nak ajak outdoor tepi rumah sebab ada sawah padi tengah menghijau tak sangka pulak photog dah hilang. Ermm mungkin dia sakit perut cirit-birit sebab tu balik awal *bersangka baik*..huhhhhh



(p/s : b2b sekalian hati-hati pilih photog,bukan apa wedding tu sekali je kot moment tu yang penting bukan senang nak dapat,walau apa sekali pun aku tetap bersyukur sebab ada jugak lah gambar kawen masa bertandang dari tak de langsung yedak)

Tuesday, October 8, 2013

♥ The Solemnization of (Amin + Fiza) ♥




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ







24 Mei 2013,Jumaat bersamaan 14 Rejab 1434 Hijrah.. Dengan izin Allah,,Alhamdulillah dengan sekali lafaz maka sah diriku menjadi milikmu (blushing)..Hampir 9 tahun usia perkenalan terima kasih Allah untuk perngakhiran ini.. Kami mohon semoga hari-hari mendatang kami dibawah lindunganmu.. Limpahkanlah kebahagiaan buat kami semoga kekal hingga ke Jannahmu..


"Dan diantara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapat ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan diantara kamu berdua mawaddah dan rahmah" 
Surah Al-Rum,ayat 21


Hari tu dah post entry pasal "My Outdoor Wedding Photoshoot" kan.. Jadi hari ni aku nak sharing moment-moment masa majlis akad nikah pulak.. Terpaksa post part by part kalau nak post sekaligus mau panjang kemain macam baca novel pulak yedok.. Mempersembahkan......


Date : 24 Mei 2013/14 Rejab 1434 Hijrah
Day : Penghulu Segala Hari
Venue : Teratak Ayah Bonda
Theme : Off White

Mat Aming nampak putih disini.. Mungkin faktor lighting yang memancor-mancor disana sini..  Eleh padahal takut lettew.. Ini disebabkan oleh hormon cuak,nervous,gigil dah mula merebak keseluruh tubuh.. Semua lelaki akan rasa macam tu percayalah.. hahaha


 Mohon Mok Incik jangan salah paham.. Abah setia hingga hujung nyawa jangan risau..

 Cuak lettew.. kehkehkeh

 "Aku terima nikahnya 'Daten Jah Hot' dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai"


After majlis
Daten Jah Hot : Awok terer ah sekali je..
Mat Aming : Tengok orang lah.. (sambil keseh hidung)
Daten Jah Hot : .......... (sumpah begagak oit)

 "ha guana aokme sume sah ke idok ni..??" kata Tok Kadi kepada kawan-kawannya..
"Sah sah sah" sebulat suara kedengaran..


Terima kasih Ya Allah untuk ini.. :')


Acara membatalkan air sembahyang

Dulu sorang.. Forever alone..

Kini berdua.. Together forever..

Ok dah habis dah adegan ber'plesing'..Sekarang turn aku nak cerita pulak cerita disebalik tabir..

Ramai yang tanyer "Hey dekat mana u buat baju nikah ni".. "Mahal tak nok"..

Asal usul dia kain dia aku order dari kawan dekat tempat kerja.. Dia selalu pergi Indon beli barang-barang untuk kawen termasuklah fabric-fabric untuk buat baju kahwin..  Aku pun tompanglah sekaki mintak dia tolong beli.. Cuma hulur duit dan bagi tahu tema aku nak 'off white'.. Dan disebabkan pengalaman dia dah banyak dia yang suggestkan suruh beli fabric jenis chiffon lembut sebab nanti di jatuh flawless gitu.. So untuk baju aku ni memerlukan sebanyak 5 meter kain sebab aku buat sekali dengan veil yer nak.. Harga puas hati murah nyah dan berbaloi sangat.. Kalau tanya dekat Jakel uish kemain tak sanggup den.. Jadi pergi survey sekarang sapa yang nak pergi Indon boleh kirim mirim.. Yehaa..

sekadar gambar hiasan

Untuk lace pulak dia belikan aku dalam 1.5 meter je.. Lace dia lebih kurang macam atas ni lah jenis sebidang besar lepas tu aku just gunting satu-satu tepi-tepi dia secantik molek sebelum ditepek dibaju.. Tu pun banyak lebih sebab aku tepek sekali dekat veil.. Bajet nak sama-sama sedondong gitu ngan baju.. Ewahhh


Untuk baju pulak aku pergi hantar kedai.. Aku hantar dekat satu kedai aunty chinese dekat Jerantut.. Upah dia ambil RM80 sahaja.. Murah bukan.. Design baju kurung moden cekak musang,,lengan berbutang dan berkain kembang semangkuk duyung.. Tapi yang menguji kesabaran cumalah tempoh dia nak siapkan.. Tips untuk u'olls kalau nak tempah baju nikah tempahlah awal-awal lagi-lagi yang nak jahit manik sendiri macam i'olls.. Kadang-kadang ada tukang jahit yang terlupa.. Macam i'olls.. Over sebulan dari tarikh sepatutnya aku ambil.. Owh nasib sempat.. Dan selalulah berhubung dengan tukang jahit u'olls yer untuk mengetahui perkembangan walaupun u'olls kenal dengan orang itu.. Ingat tu..

Close up sikit.. Disebabkan lace yang kawan aku ni beli dah ada manik kecil-kecil yang dijahit sekali makanya aku just tambah pearl yang bersaiz sederhana untuk menyerikan majlis.. haha Kalau berani dan kretif boleh beli pearl yang berwarna-warni janji ngam dengan baju dan cantik dipandang.. Wah gitu..


Ramai yang cakap "Rajinnya ko jah menjahit manik bagai".. Eh tahukah anda dalam proses menepek lace dan menepek manik aku tak menggunakan seurat benang langsung.. Yer betul tak tipu woi.. Untuk lace aku guna "fabric glue" jenis ni.. Memang sebijik macam dalam gambar ni.. Glue dia colour putih susu.. Harga aku tak ingatlah dalam belas-belas rasanya.. Memang kuat tak tercabut pon lace nya.. Dan yang paling penting sekali bila glue dia dah kering tak nampak kesan comot dekat baju pun.. 



Untuk manik pulak memang tak rajin ah nak jahit kemain banyak gitukan.. Makanya ini penyelesaiannya.. Gam untuk manik ni warnanya clear.. Yang aku beli tu hari bukan macam dalam gambar ni tapi warna bekas dia sama kelabu jugak.. Harga dalam 4 5 ringgit je rasanya.. Senang lekat guna gam je.. Janji kuat dan tak tercabut.. Owh i loike...

Hai ini kasut kite.. Masa majlis kita tak pakai pun sebab majlis kita buat dekat rumah je.. Macam poyo pulak nak keluar dari bilik pakai kasut.. Masa photoshoot pun kita tak pakai sebab kain kita jenis kembang semangkuk tak nampak kaki pun.. Sekarang dia tengah bertapa dalam lemari.. Sapa nak kita let go.. Murah je sebab kita beli pon time sale.. Price boleh negotiable.. Eceh  Jenama VINCCI.. Muat untuk kaki saiz 5-6.. Warna cream.. PM kite yer.. hehehehehehe

Singgahsana nan indah hasil nukilan dari "Diana Gallery".. Superb terbaik service dia..  Siapa yang nak guna khidmat dia moh ler moh ler..

Pak pak pong pong,,pak pak pong pong.. Practice untuk bersanding hari esoknya.. hahaha

Dahla sekian sahaja sketsa pendek hari ni.. Esok ke lusa ke cerita pasal wedding reception pulak yer..
Kbaii..




(p/s : Raya Haji ni turn beraya kat cini.. ermm nak mintak tukar agak-agak boleh ke dok eh.. aaaaargh tak bestnye)

Thursday, October 3, 2013

♥ My Outdoor Wedding Photoshoot ♥



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ






     Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menghidupkan kembali belog yang sudah lama ditinggalkan bersawang.. Hampir 2 tahun jugak.. Penunggu belog pun dah ada gamaknya ni.. Bapak lama tak menulis.. Sampai status pun dah bertukar dari anak dara trang tang tang dah jadi 'PUAN' sekarang.. Alang-alang rasa macam nak start menaip tap tap tap (metafora melampau) balik aku nak share gambar 'Outdoor Wedding Photoshoot' hari tu.. Kebetulan ramai yang tanya mana gambar weddingnya tak'haplod' facebook pun.. Sorry lah nyah i'olls sibuk sangat.. haha 

Ok mempersembahkan...........



Encik Misai dan Puan Misai


Saya MRS,,dia MR (DIY props)



Lokasi kejadian dekat bukit belakang rumah je.. Malas nak pergi jauh-jauh,Encik Photographer pun ada event lain jugak petang tu jadinya kiteorang shoot area-area rumah sahaja.. Senang bukan.. Lagipun kesian sedara-mara,,kawan-kawan ada lagi kat rumah tengah tunggu pengantin sebelum nak balik jauh.. Kesian dieorang tunggu lama yedak...



Mat Aming adalah seorang yang sangat susah nak ajak bergambar.. Atas pelamin boleh curi-curi cakap "malu kat orang lah tengok".."kita ambik gambar 5 minit je lah yer".. Owh stressnya kita jenuh nak paksa.. haha Tapi gambar ni aku suke sangat nampak penuh penghayatan disitu.. Menjiwai watak orang kata.. Ceh ceh ceh




♫ Genggam tanganku dan jangan kau lepaskan
Karena ku tak sanggup hidup tanpa cintamu 

♫ I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more 




Yeahhhh sekian sahaja..


Entry akan datang aku akan cerita tentang persiapan sepanjang majlis berlangsung dan juga tips-tips buat pasangan-pasangan yang nak mendirikan rumah tangga.. Eceh Yelah pengalaman yang aku dah lalui tak salah aku share ngan korang kan.. Sekurang-kurangnya dapatlah jugak tahu apa yang patut buat apa yang tak.. Mana tahu dapat tolong sikit-sikit korang yang tengah buat persiapan tu kan.. Sharing is caring.. Caring is loving.. Wahhh memandai je..

Oh yer untuk sesiapa yang nak menggunakan khidmat jurugambar yang aku ambil ni sila lah ke link facebook beliau.. Go Go Go now (promote ni)..
Service dia sangat memuaskan hati jiwa dan raga.. Hasil dia pun terbaik wokk.. Jangan risau kalau rasa diri tu tak fotogenik macam kiteorang.. Beliau akan membantu memberikan idea untuk pose-pose yang hot dan vavavommm untuk u'olls..Sekian jommm...



dan