♥ sayunk-sayunk kuh ♥

Tuesday, April 19, 2011

♥ sunnah Nabi di dalam hidup kita ♥


Alkisah bermula disebuah Institusi Pengajian Tinggi Maya yang terkemuka dibenua Asia yang diberi nama UNIVERSITI BLOGGER MALAYSIA..=) ------>nak join tekan kuat-kuat ok..



banner untuk 2nd assngment..oyeahhh

...........................................................................................................................................

Assalamualaikum murid-murid sekalian..Ada sehat semuanya..??Alhamdulillah bagus..Seperti biasa kita akan mulakan sesi pembelajaran kita pada hari ini,,makanya masing-masing sila bukak buku sekarang dan ambil perhatian yang penuh yer..Sebab nanti diakhir pembelajaran cikgu akan tanyer sorang-sorang..0kehh laa tajuk kita nak belajar hari ini adalah...


SUNNAH NABI DIDALAM HIDUP KITA


Hari ni kita akan belaja 3 sunnah yang sering diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW..Sebenarnya terdapat banyak lagi sunnah lain tetapi hari ini cikgu akan terangkan 3 sahaja yer murid-murid..

...........................................................................................................................................

1.SUNNAH MEMAKAI CELAK..



PENGENALAN

  • Memakai celak adalah amalan sunat..Setiap orang islam baik LELAKI ataupun PEREMPUAN disunatkan untuk memakai celak..
  • Celak yang digunakan adalah jenis Itsmid iaitu sejenis celak daripada bahan logam seperti besi..Konsepnya hampir sama seperti celak masyarakat Melayu iaitu mempunyai bekas yang mengandungi serbuk atau miyak celak,dan ada batang besi yang digunakan untuk mencelup dan menyapu celak ke mata. (contoh seperti gambarajah yer murid-murid)
  • Para sahabat dahulu suka bercelak kerana mengikuti amalan Nabi Muhammad SAW kerana mereka memandang perbuatan memakai celak itu sebagai suatu sunnah yang penting dan besar..
  • Riwayat ada mengatakan bahawa Rasulullah memakai celak 3 kali dibahagian mata kanan serta kiri dan mengamalkannya sebelum tidur..(ingat sebelum tidur yer)

(so lepas ni semua sudah boleh beli celak untuk mengamalkan sunnah ini)


KELEBIHAN MEMAKAI CELAK

  • Dapat membantu mencerahkan pandangan mata..
  • Dapat menyejukkan mata..
  • Boleh melebatkan bulu mata..
  • Mengelakkan daripada terkena penyakit mata..
  • Menambah seri muka dll..

PERSOALAN

Jika celak yang digunakan bukan dari Itsmid ia tetap boleh dipakai selagi mana namanya celak untuk kita memperolehi pahala sunnah..Tetapi fadilat dan hikmahnya mungkin berbeza kerana seperti yang kita tahu Itsmid telah disebut dalam hadis..

(contoh macam berus gigilah,,kalau ikut sunnah Nabi baginda kayu arak/sugi tapi kita sekarang gunakan berus gigi,,tetap dapat pahala jugak tapi fadilat die tuh sudah berbeza..Paham yer murid-murid)..



HADITS-HADITS TENTANG MEMAKAI CELAK..

HADITS 1


اكْتَحِلُوا بِالْإِثْمِدِ فَإِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعْرَ

“Bercelaklah kalian dengan itsmid, karena dia bisa mencerahkan mata dan menumbuhkan rambut” (HR. At Tirmidzi no.1679 dalam Sunan-nya bab Maa jaa-a fil iktihaal, Ahmad no.15341 dalam Musnad-nya)


HADITS 2


عَلَيْكُمْ بِالْإِثْمِدِ عِنْدَ النَّوْمِ فَإِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعَرَ

“Bercelaklah memakai itsmid ketika hendak tidur, karena ia dapat mencerahkan pandangan dan menumbuhkan rambut” (HR. Ibnu Majah dalam Sunan-nya no.3846 bab Al Kahlu Bil Itsmid)




SUMBER RUJUKAN

(sila klik link diatas untuk membaca info yang lebih lanjut yer murid-murid)


........................................................................................................................................................

2.SUNNAH MEMBUNUH CICAK




PENGENALAN


Membunuh cicak tidak bererti kita perlu membunuhnya setiap kali kita terjumpa ia bukanlah satu kewajipan tetapi ia adalah sesuatu yang disunatkan terutama sekali membunuh setiap cicak yang merbahaya..

Imam Suyuthi menyebutkan didalam “al Asbah an Nazhoir” bahawa binatang-binatang itu terbagi menjadi 4 jenis :

  • Binatang yang memberi manfaat dan tidak berbahaya maka ia tidak boleh dibunuh.
  • Binatang yang mengandung bahaya didalamnya dan tidak bermanfaat maka dianjurkan untuk dibunuh.. ( contoh : cik ular dan binatang-binatang yang berbahaya lain yer..)
  • Binatang yang memberi manfaat didalamnya dari satu sisi namun berbahaya dari sisi lainnya.. ( contoh : incik burung helang maka tidak dianjurkan dan tidak pula dimakruhkan untuk membunuhnya paham..)
  • Binatang yang tidak memberi manfaat didalamnya dan tidak pula berbahaya..(contoh :ulat, serangga sejenis kumbang maka tidaklah diharamkan dan tidak pula dianjurkan untuk membunuhnya okeh..jangan suka-suka lak nak bunuh dieorang)

Jadi apabila terdapat cicak yang ada di sekitar kita itu membahayakan manusia atau meracuni makanan maka dibolehkan bagi kita untuk membunuh cIcak tersebut...okehh..


PERSOALAN


Perlukah kita membunuh semua jenis cicak yang ada..??Seperti yang dihuraikan diatas tidak semua cicak kita perlu bunuh sebagai contohnya cicak tokek..Cicak tokek tidak digalakkan dibunuh kerana mempunyai harga komersial yang tinggi dipasaran..hehehe (maaf ini selingan sahaja)



HADITS-HADITS TENTANG MEMBUNUH CICAK

HADITS 1

Didalam shahih Muslim, Sunan Abu Daud dan Jami’ at Tirmidzi dari Abu Hurairoh berkata : Rasulullah saw bersabda,”Barangsiapa membunuh cicak maka pada awal pukulannya baginya itu satu kebaikan. Barangsiapa yang membunuhnya dalam pukulan kedua maka baginya itu satu kebaikan yang berbeza dengan yang pertama. Jika dia membunuhnya pada pukulan ketiga maka baginya itu satu kebaikan yang berbeza dengan yang kedua.

HADITS 2

Didalam “al Mu’jam al Ausath” milik Thabrani dari hadits Aisyah berkata,”Aku mendengar bahwa Rasulullah saw bersabda,”Barangsiapa yang membunuh cecak maka Allah akan menghapuskan tujuh kesalahan atasnya.”


SUMBER RUJUKAN


(Sila klik link untuk mengetahui dimana cikgu rujuk okehh)

....................................................................................................................................................

3. BERBEKAM



PENGENALAN

Bekam atau dalam bahasa arab dipanggil sebagai Al-Hijamah..Untuk pengetahuan semua, bekam adalah sunnah Rasulullah yang telah diwahyukan kepadanya. Ia bukan buatan atau rekaan manusia..Selain daripada itu terdapat banyak hikmah yang kita boleh dapat melalui bekam terutama sekali dari segi kesihatan..

KEBAIKAN BERBEKAM

  • sihat tubuh badan..
  • mengimbangkan daya tahan badan..
  • buang angin..
  • menghilangkan keletihan dan penat badan..
  • menghilangkan sakit urat-urat dan lemah-lemah badan..
  • mengurangkan risiko sakit jantung & darah tinggi..
  • meringankan ‘kerja’ hati, limpa dan buah pinggang..
  • membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah..
  • mengurangkan risiko penyempitan salur darah..
  • membantu mencantikkan permukaan kulit dan lain-lain..

PENYAKIT YANG DAPAT DISEMBUHKAN DENGAN BERBEKAM
  • Kegemukan..
  • Penyakit kaki gajah..
  • Sakit pinggang..
  • Sakit perut..
  • Sembelit..
  • Gangguan jantung..
  • Radang perut..
  • Alergi makanan..
  • Sengal tulang..
  • Sesak nafas dll..
(banyak sangat cikgu senaraikan antaranya sahaja yer)


HADITS-HADITS TENTANG BERBEKAM

HADITS 1

Dari Abu Hurairah radhiallaahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriyah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.” (Shahih Sunan Abu Dawud, II/732, karya Imam al-Albani)

HADITS 2

Dari Anas bin Malik radhiallaahu ‘anhu, dia bercerita: ” Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam biasa berbekam di bagian urat merih (jugular vein) dan punggung. Ia biasa berbekam pada hari ke-17, ke-19, dan ke-21.” (HR, Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad, sanad shahih)


SUMBER RUJUKAN

http://bekamsunnah.com

http://syafrizal.net/hpa/perubatan-jawi/bekam-perawatan-sunnah-nabi/


(nak tau mane cikgu ctrl-C,,ctrl-P sile tekan sekuat haty link itu)

...................................................................................................................................



Okehlaa murid-murid nampaknya masa amat men'jelous' dengan kita..Cikgu rase cukuplah sampai disini sahaja sesi pembelajaran kita yer..Insyallah minggu depan kite jumpe lagi dihari dan waktu yang sama untuk sambung lagi tajuk kita hari nie yer..Assalamualaikum..=)




(p/s : buat pembaca-pembaca yang disayangi sekalian (eceh),,jika terdapat sebarang kesilapan fakta didalam entry ini mohon maaf dipinta yer..buat yang lebih arif dan berilmu mohon tunjuk ajar anda.. =) )

No comments: