♥ sayunk-sayunk kuh ♥

Sunday, October 27, 2013

♥ home made ice-cream ♥




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ






Minggu lepas ada tengok orang buat ais krim sendiri dekat rancangan Wanita Hari Ini.. Dia ajar acane nak buat 'diet ice cream' using buah-buahan.. Memang nampak menarik lagi-lagi untuk mereka yang suka makan ais krim sebab tak payah susah-susah nak pergi kedai beli.. Lagi-lagi ais krim yang dah sedia ada tu kebanyakannya mengandungi bahan pewarna dan bahan-bahan yang kurang sesuai untuk kesihatan kita.. Namun dengan home made ice cream ini tiada lagi halangan untuk mereka yang tegar dengan ais cream kerana home made ice cream ini tidak mengandungi sebarang bahan yang tidak sesuai malahan boleh menjadi menu diet yang sihat.

Disebabkan pengaruh media elektronik agak kuat terhadap tuan tanah makanya dengan sepantas kilat terus aku try search resepi 'how to make home made ice cream'.. Memang berderet-deret keluar resepi tapi seorang chef yang bijak kena pandai memilih resepi yang sesuai.. hahaha poyo bak hang.. Sebenarnya antara banyak-banyak resepi aku lagi prefer resepi yang maha simple,tidak menggunakan banyak bahan serta tak complicated untuk dibikin.. Kalau complicated lepas tu ambil masa berejam-jam memang tobat nyah,i'olls tak akan buat..haha


Perfect.. Colourful gila this ice cream mould. Jalan-jalan ternampak apalagi terus grab.. Lepas tu post dekat insta and faceby dengan niat nak jeleskan my sista'...yeahhhhh

Let me introduce u'olls ingredients yang kita guna dalam pembikinan 'home made ice cream' ni..

VA+LO ICE CREAM RECIPE

          Bahan-bahan :-

  • 1 cawan susu (full cream/low fat/fresh milk) -terpulang kau nak pilih susu yang mana.. I choose dutch lady full cream milk
  • 1 cawan coffee mate 
  • 2 sudu kecik vanilla essence 
  • 2 sudu besar milo - nak tukar flavor  pun boleh 

          Cara membuat :-

  1. Campurkan susu,coffee mate dan vanilla essence kemudian blend kan sehingga sebati.. Aku guna blender je senang janji blender kau takdek bau lada kering..haha Pastikan sukatan dia sama.. Kalau kau nak buat 5 cawan susu make sure sukatan untuk coffee mate pun 5 cawan jugak dan begitulah sebaliknya.. Blend sampai betul-betul sebati kemudian tuang dalam bekas macam kat bawah ni.. 
  2. Lepas tu silalah masukkan didalam refrigerator selama lebih kurang 2 jam.. 
  3. Setelah 2 jam keluarkan semula ice cream tersebut dan blendkan sekali lagi.. Tujuan kita blend untuk kali yang kedua adalah untuk membuang crystal ice yang ada.. Barulah hasil ice cream kita smooth je sebijik macam yang dalam tuperware dekat kedai tu.. 
  4. Then bekukanlah semula dalam 5-6 jam sampai betul-betul keras. 
  5. (Untuk yang nak buat flavor lain-lain tu semasa proses memblend buat kali yang pertama pastikan hasilnya dibahagikan kepada 2 bekas.. 1 bekas kau letak vanilla essence 1 bekas lagi kau letak lah perisa milo ke apa ke) paham ke idok..


Kat atas ni hasil setelah diblend buat kali kedua.. Lepas tu aku tuang sebekas lagi yang aku letak milo flavor.. Konon-konon nak buat ice cream pelangi lah.. Putih coklat putih coklat tapi terlajak banyak colour coklat.. Dah tak hot colour ice cream i nyah.. ahhh mencikkk

Taraaaaaa siap resepi "VA + LO ICE CREAM" (vanilla+milo) aku.. Sambutan amat menggalakkan,aku baru sempat 3-4 suap yang lain dah kena bedal.. Kejammmm....



Sekarang aku nak introduce menu seterusnya pulak.. "DIET ICE CREAM"...cekidauuuut



ORANGE-MORANGE YOGURT ICE CREAM

          Bahan-bahan:-
  • 3 sudu yogurt - (aku guna natural yogurt kalau nak guna yang ada flavor pun boleh)
  • 1 biji buah oren - (dibuang biji dan dipotong dadu kecil-kecil)
  • 2 biji buah oren - (diperah dan diambil jusnya)
  • Sedikit madu - (kalau nak manis buah tak payah letak kalau nak manis sikit letak lah sikit madu)

          Cara membuat :-

(resepi ini dapat menghasilkan 4 batang ice cream sahaja)
  1. Masukkan yogurt,sedikit madu dan perahan jus oren didalam blender. Kemudian dikisar sehingga sebati. Aku tak guna gula sebab gula mahal.. (ok takdek kena mengena) kata diet so no sugar ok..
  2. Kemudian masukkan buah oren yang sudah dipotong dadu kedalam ice cream mould.
  3. Then masukkan pula hasil yogurt dan jus oren yang sudah diblend tadi kedalam mould tadi sehingga penuh..
  4. Simpan didalam refrigerator sehingga ice cream keras


Taraaa... ORANGE-MORANGE YOGURT ICE CREAM siap untuk ditelan.. Menu ni Mr Hubby aku tak berkenan sangat sebab guna yogurt.. Masam-masam sikit.. Orang yang suka yogurt ok la mempelbagaikan menu..

DRAGON MASTER YOGURT ICE CREAM

          Bahan-bahan :-
  • 3 sudu yogurt - (aku guna natural yogurt kalau nak guna yang ada flavor pun boleh)
  • Suku biji buah naga (dragon fruit) - (dipotong dadu kecil-kecil)
  • Suku biji buah naga(dragon fruit) - (dipotong kecil untuk diblend)
  • Sedikit madu - (kalau nak manis buah tak payah letak kalau nak manis sikit letak lah sikit madu)

          Cara membuat :-

(resepi ini dapat menghasilkan 4 batang ice cream sahaja)


  1. Masukkan yogurt,sedikit madu dan suku biji buah naga didalam blender. Kemudian dikisar sehingga sebati. 
  2. Kemudian masukkan suku buah naga yang sudah dipotong dadu kedalam ice cream mould.
  3. Then masukkan pula hasil yogurt dan buah naga yang sudah diblend tadi kedalam mould tadi sehingga penuh..
  4. Simpan didalam refrigerator sehingga ice cream keras..
Hi u'olls.. Nama i DRAGON MASTER YOGURT ICE CREAM.. Amacam mengancam tak warna i..haha

Menu yang paling syok hat ni la.. Combination of 2 menu above.. ORANGE-MORANGE+DRAGON MASTER.. Bila digabungkan meletop aku tak tahu nak singkatkan jadi apa.. Kau pikior lah sendiri nyah.. OK lah selamat bersihat dan berdiet yer u'olls..



(p/s : lepas ni dah boleh try guna buah-buahan lain pulak.. pisang,durian,strawberi,kiwi ke apa ke yedak.. jom try lepas tu share dengan aku)

3 comments:

Anonymous said...

aku dah wat..tp gune flavor milo n vanila..tp bace ko pnye cara2 tu agk memeningkan haha..

Unknown said...

hahahaha...mungkin mase yang nak buat dua flavor tu mcm pening kot kalau bace resepi..pandai2 lah olah/paham sendiri janji jadi..kehkehkeh

Unknown said...

Menarik2..nk cuba la..hihi..