♥ sayunk-sayunk kuh ♥

Wednesday, March 26, 2014

♥ tabiat 'lejen' sepanjang zaman ♥




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ






Dulu masa kecik-kecik aku ada tabiat ni. Tak tahulah nak kategorikan tabiat baik ke tabiat buruk. hahahaha Nak dijadikan cerita hari tu anak-anak-anak-anak sedara aku ada datang rumah. (ramai betul anak-anak) Biasalah kalau cuti sekolah suka bebeno depaorang datang rumah tidur sini. Alasan bagi kat mak abah konon-konon nak pergi buat kerja sekolah. Eceh aku tau permainan sebenar budak-budak ni padahal motif utama datang lepak rumah aku sebab nak main PS. hahaha Tapi aku ok je,reward lah untuk depaorang sempena cuti sekolah ni yedak,janji sebelum balik rumah semula kerja sekolah mesti berehhhh.

Berbalik kepada soal tebiat tabiat tadi, alkisah semasa kami sedang bersantap dimeja makan tiba-tiba aku terkesima melihat salah seorang dari anak sedara aku. Terus teringat zaman kecik-kecik dulu. hahaha Cerita dia macam ni.........

 

Ok ini sepinggan nasi yang didalamnya ada nasi sedikit,ikan goreng,daging masak kicap dan juga sedikit sayuran yang aku wajibkan untuk ambil setiap seorang. Proses memenuhkan tangki perut berjalan lancar macam biasa sampailah beberapa minit kemudian......





Aku peratikan je dari tadi "Eh apesal tak makan lauk makan nasi je,tak makan ikan ke.?" soalku. Tiba-tiba orang disebelah menyampuk "Dia memang macam tu. Makan nasi dulu nanti bila dah habis baru makan lauk" .. hahahaha Terus ter'trobek' cerita zaman dulu-dulu. Memang sama,dulu-dulu aku pun macam tu jugak kalau makan apa-apa sanggup makan nasi semata-mata dulu last sekali baru makan lauk. Lagi best kalau makan mee goreng. Mak aku kalau masak mee goreng memang penuh aksesori ,nak makan mee kena selak-selak aksesori dulu baru jumpa. Mak aku punya aksesori macam-macam ada. 

Dari daging ayam,daging lembu,udang,kadang-kadang sotong pun ada,fishball,fish cake,sayur sawi,taugeh,cili besar,lobak merah,bunga kobis,putik jagung labu air,petola ular,timun cina (ehhhhh lelebih pulak) senang kata macam-macam lah dia letak. Jadinya bila time makan mee goreng je mesti aku tibai mee dia dulu sampai habis,lepas tu bermulalah sesi tabiat 'lejen' ni. Barulah makan lauk pauk dia pulak. Tak tahulah nak cakap apa punya tabiat tapi felling dia memang lain macam. Nikmat dia memang tak terkatalah. hahahahaha Tapi ada jugak buruknya tabiat ni. Buruk dia bila dah loggokkan lauk last-last mesti ada yang dok nak kecek. Kalau dulu kakak aku selalu curi,terliur lettewww..hahaha



Tapi kalau dah nama budak-budak tu tetap budak-budaklah yedak. Last-last pengakhiran macam ginilah. Terkontang kantinglah sayur tu sorang-sorang dalam pinggan. Forever alone orang kabo. hahahahahaha Mungkin lepas ni aku dah boleh asah bakat gubah sawi jadi pokok kelapa ke,lobak jadi zirafah ke yedak. Nampak menarik tertarik sikit. hahahaha



( p/s : Bila dah besar tabiat 'lejen' aku ni dah hilang yang tak boleh hilang bila aku makan burger je. Mesti nak makan roti atas-bawah dia dulu,dah habis baru makan daging dia. Bagi aku nikmat sebenar dia tertelak dekat daging dia. Lepas tu Mat Aming mula lah mintak nak sikit,kang tak bagi kang dia cakap berdosa tak dengar cakap suami. part ni aku lemah ni.aishhhhhh)

No comments: