♥ sayunk-sayunk kuh ♥

Tuesday, October 8, 2013

♥ The Solemnization of (Amin + Fiza) ♥




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ







24 Mei 2013,Jumaat bersamaan 14 Rejab 1434 Hijrah.. Dengan izin Allah,,Alhamdulillah dengan sekali lafaz maka sah diriku menjadi milikmu (blushing)..Hampir 9 tahun usia perkenalan terima kasih Allah untuk perngakhiran ini.. Kami mohon semoga hari-hari mendatang kami dibawah lindunganmu.. Limpahkanlah kebahagiaan buat kami semoga kekal hingga ke Jannahmu..


"Dan diantara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapat ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan diantara kamu berdua mawaddah dan rahmah" 
Surah Al-Rum,ayat 21


Hari tu dah post entry pasal "My Outdoor Wedding Photoshoot" kan.. Jadi hari ni aku nak sharing moment-moment masa majlis akad nikah pulak.. Terpaksa post part by part kalau nak post sekaligus mau panjang kemain macam baca novel pulak yedok.. Mempersembahkan......


Date : 24 Mei 2013/14 Rejab 1434 Hijrah
Day : Penghulu Segala Hari
Venue : Teratak Ayah Bonda
Theme : Off White

Mat Aming nampak putih disini.. Mungkin faktor lighting yang memancor-mancor disana sini..  Eleh padahal takut lettew.. Ini disebabkan oleh hormon cuak,nervous,gigil dah mula merebak keseluruh tubuh.. Semua lelaki akan rasa macam tu percayalah.. hahaha


 Mohon Mok Incik jangan salah paham.. Abah setia hingga hujung nyawa jangan risau..

 Cuak lettew.. kehkehkeh

 "Aku terima nikahnya 'Daten Jah Hot' dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai"


After majlis
Daten Jah Hot : Awok terer ah sekali je..
Mat Aming : Tengok orang lah.. (sambil keseh hidung)
Daten Jah Hot : .......... (sumpah begagak oit)

 "ha guana aokme sume sah ke idok ni..??" kata Tok Kadi kepada kawan-kawannya..
"Sah sah sah" sebulat suara kedengaran..


Terima kasih Ya Allah untuk ini.. :')


Acara membatalkan air sembahyang

Dulu sorang.. Forever alone..

Kini berdua.. Together forever..

Ok dah habis dah adegan ber'plesing'..Sekarang turn aku nak cerita pulak cerita disebalik tabir..

Ramai yang tanyer "Hey dekat mana u buat baju nikah ni".. "Mahal tak nok"..

Asal usul dia kain dia aku order dari kawan dekat tempat kerja.. Dia selalu pergi Indon beli barang-barang untuk kawen termasuklah fabric-fabric untuk buat baju kahwin..  Aku pun tompanglah sekaki mintak dia tolong beli.. Cuma hulur duit dan bagi tahu tema aku nak 'off white'.. Dan disebabkan pengalaman dia dah banyak dia yang suggestkan suruh beli fabric jenis chiffon lembut sebab nanti di jatuh flawless gitu.. So untuk baju aku ni memerlukan sebanyak 5 meter kain sebab aku buat sekali dengan veil yer nak.. Harga puas hati murah nyah dan berbaloi sangat.. Kalau tanya dekat Jakel uish kemain tak sanggup den.. Jadi pergi survey sekarang sapa yang nak pergi Indon boleh kirim mirim.. Yehaa..

sekadar gambar hiasan

Untuk lace pulak dia belikan aku dalam 1.5 meter je.. Lace dia lebih kurang macam atas ni lah jenis sebidang besar lepas tu aku just gunting satu-satu tepi-tepi dia secantik molek sebelum ditepek dibaju.. Tu pun banyak lebih sebab aku tepek sekali dekat veil.. Bajet nak sama-sama sedondong gitu ngan baju.. Ewahhh


Untuk baju pulak aku pergi hantar kedai.. Aku hantar dekat satu kedai aunty chinese dekat Jerantut.. Upah dia ambil RM80 sahaja.. Murah bukan.. Design baju kurung moden cekak musang,,lengan berbutang dan berkain kembang semangkuk duyung.. Tapi yang menguji kesabaran cumalah tempoh dia nak siapkan.. Tips untuk u'olls kalau nak tempah baju nikah tempahlah awal-awal lagi-lagi yang nak jahit manik sendiri macam i'olls.. Kadang-kadang ada tukang jahit yang terlupa.. Macam i'olls.. Over sebulan dari tarikh sepatutnya aku ambil.. Owh nasib sempat.. Dan selalulah berhubung dengan tukang jahit u'olls yer untuk mengetahui perkembangan walaupun u'olls kenal dengan orang itu.. Ingat tu..

Close up sikit.. Disebabkan lace yang kawan aku ni beli dah ada manik kecil-kecil yang dijahit sekali makanya aku just tambah pearl yang bersaiz sederhana untuk menyerikan majlis.. haha Kalau berani dan kretif boleh beli pearl yang berwarna-warni janji ngam dengan baju dan cantik dipandang.. Wah gitu..


Ramai yang cakap "Rajinnya ko jah menjahit manik bagai".. Eh tahukah anda dalam proses menepek lace dan menepek manik aku tak menggunakan seurat benang langsung.. Yer betul tak tipu woi.. Untuk lace aku guna "fabric glue" jenis ni.. Memang sebijik macam dalam gambar ni.. Glue dia colour putih susu.. Harga aku tak ingatlah dalam belas-belas rasanya.. Memang kuat tak tercabut pon lace nya.. Dan yang paling penting sekali bila glue dia dah kering tak nampak kesan comot dekat baju pun.. 



Untuk manik pulak memang tak rajin ah nak jahit kemain banyak gitukan.. Makanya ini penyelesaiannya.. Gam untuk manik ni warnanya clear.. Yang aku beli tu hari bukan macam dalam gambar ni tapi warna bekas dia sama kelabu jugak.. Harga dalam 4 5 ringgit je rasanya.. Senang lekat guna gam je.. Janji kuat dan tak tercabut.. Owh i loike...

Hai ini kasut kite.. Masa majlis kita tak pakai pun sebab majlis kita buat dekat rumah je.. Macam poyo pulak nak keluar dari bilik pakai kasut.. Masa photoshoot pun kita tak pakai sebab kain kita jenis kembang semangkuk tak nampak kaki pun.. Sekarang dia tengah bertapa dalam lemari.. Sapa nak kita let go.. Murah je sebab kita beli pon time sale.. Price boleh negotiable.. Eceh  Jenama VINCCI.. Muat untuk kaki saiz 5-6.. Warna cream.. PM kite yer.. hehehehehehe

Singgahsana nan indah hasil nukilan dari "Diana Gallery".. Superb terbaik service dia..  Siapa yang nak guna khidmat dia moh ler moh ler..

Pak pak pong pong,,pak pak pong pong.. Practice untuk bersanding hari esoknya.. hahaha

Dahla sekian sahaja sketsa pendek hari ni.. Esok ke lusa ke cerita pasal wedding reception pulak yer..
Kbaii..




(p/s : Raya Haji ni turn beraya kat cini.. ermm nak mintak tukar agak-agak boleh ke dok eh.. aaaaargh tak bestnye)

No comments: