♥ sayunk-sayunk kuh ♥

Monday, April 21, 2014

♥ supper bersama Fizo Omar ♥




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ





Tajuk entry kemain hot,supper dengan Fizo Omar lah sangat. hahaha. Hari ni nak review pasal 'Hot Burger' abam Fizo nih. Tu hari tetengah malam buta masa tengah bergelimpangan tengok cerita hindustan tetiba rasa lapoooooooooo (nampak tahap lapo tu kemain bukan). Terus ajak Mat Aming pergi beli begedil burger. Tapi hari tu macam demand taknak burger depan rumah nak burger jauh sikit. Sebenarnya dah lama aku dok perati stall 'Hot Burger' depan pasaraya tu. Tiap kali lalu depan stall mesti tengok tak kelip-kelip persis kepingin ya amat tapi sayang tak dilayan tuan besar. Tapi malam tu nafsu gwa tak kuat nak tak nak kena layankan juga tekak nk rasa 'Hot Burger'. Maka bergegaslah laki bini ni terjah stall tu. 

Bila tengok menu wah wah wah dasat macam-macam ado. Burger burung unta,rusa,arnab peargh memang buat aku tertarik. Tapi hari tu macam nak ngetest oblong beef ngan beef burger,sayang seribu kali sayang bukan rezeki kami menu oblong tu dah habis mungkin faktor waktu yelah tetengah malam dah  pukul doplas kot. hahaha Jadi we'olls torai la 'burger daging spesial special'. ermmmmmmmmm (sambil belai-belai misai)


see antara menu-menu yang ada. harga pun ok.  :)


Sampai saja kat rumah tak pandang kiri kanan terus terkam hasil tangkapan. 10 minit langsai semua. Buat malu orang je kalau tengok laki bini ni makan sambil makan sambil membebel sambil makan sambil membebel.hahaha Dah macam dalam segmen 'jalan-jalan cari makan' dah gayanya.hahahaha

 Sebelum

Selepas

Biarlah gambar berbicara maksud tersirat yang ingin aku sampaikan. hahaha. Maaf abam Fizo yang lain semua langsai hat ni je seketol tertinggal sebab den tak minat pineapple.hewhewhew


So final review untuk "Hot Burger" kali ini Nora suka,jadi Nora bagi Yeahhhhhhh Memang bertepatan dengan dieorang "Harga Kaki 5,Rasa bintang 5". Sos dia memang mengancam,thumbs up betol-betol hotttt.. Apa lagi jom terjah 'Hot Burger'..


(p/s : lepas ni taknak tepek gambar sendiri dah dekat entry sebab ada orang cakap kite dah mok-mok (00) hahahahaha)

No comments: