السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
So here we go.......
Ini Sungai Terengganu
Dekat Sungai Terengganu ni disediakan perkhidmatan untuk River Cruise. Kalau banyak masa boleh naik cruise ni. Fee tak sure berapa kalau tak silap RM20 bagi dewasa. Kalau naik ni depaorang akan bawak engkorang pusing-pusing menyusuri Sungai Terengganu. Takpelah lain kali kalau datang sini lagi bolehla try naik. Tahun bila nak datang lagi tu aku tak pastilah tapi harap-harap bila aku datang lagi dekat sini masih ada lagi perkhidmatan River Cruise ni..hahahaha
Pergi parking kereta betul-betul depan Taman Monumen,bajet konon-konon nak jalan kedek-kedek pergi Masjid Kristal. Tak sangka pulak jauh jugak nak menapak ke Majlis Kristal nunnnnn dihujung sana. Dah la tetengah matahari memacak naik memang lecak 'armpit' tak payah cakaplah. fuhhhhh Tapi berbaloi sebab dapat tengok pemandangan yang cantik ya amat.
Pengkalan Tokku Paloh
Akhirnya sampailah ke Masjid Kristal mercu tanda kebanggan Negeri Terengganu. Masa pergi sini dalam pukul 10.00am. Matahari tengah memancor-mancor. Memang berkelip-kelip masjidnya seperti kristal. KAGUM.
Dari sini kelihatan Jambatan Sultan Mahmud. Kalau lalu atas jambatan Sultan Mahmud tu boleh tengok Masjid Kristal yang tersergam indah dipinggiran sungai.
Kalau datang malam-malam Masjid Kristal ni akan bertukar-tukar warna. tak dapat nak bayangkan mesti cantik yedak.
Paling tak lupa masa nak shoot gambar ni. Memandangkan aku terkedek-kedek berjalan sengsorang nak pergi Masjid Kristal. Mat Aming lepak dalam kereta malas nak layan bergambar tetengah panas katanya. Konon-konon nak mengabadikan dua,tiga keping gambar bersama Masjid Kristal lah sangat. Time tu tak de orang nak mintak tolong ambilkan gambar. Solution dia letak camera atas tong sampah setting timer lari-lari tonggek-tonggek sambil senyum. Dalam banyak-banyak gambar hat ni je yang macam senonoh sikit. Yang lain semua kelaut hasilnya.
View didalam Masjid Kristal
Kalau buat wedding photoshoot dekat Taman Tamadun Islam ni pun cantik. fuhhhhh nasib koi orang Pahang..hahaha
Sekarang beralih pula ke Taman Monumen. Taman ini penuh dengan replika-replika seni bina islam diserata dunia. Tak dapat pergi negara tersebut dapat bergambar dengan replika dia pun dah cukup membuatkan kita benar-benar sedang berkunjung ke negara tersebut. eceh ceh ceh ceh ayat.
Berikut adalah bayaran masuk kedalam Taman Monumen ni. Bacalah sendiri yer. Yang bestnyer sebelum masuk anda akan diberikan 'Passport'. Pepaleh weh bukan. Sebelum masuk Taman Monumen ni dieorang akan cop passport kita actually kalau lepas ni korang nak masuk lagi kat sini ni buat kali ke 2 ke,ke 3 ke dia akan bagi korang free/discount lah 2 3 benda dalam tu. Yer dengan membawa kembali passport yang korang dapat tu.hew hew hew hew
See tak pasal-pasal rasa macam dekat Negara Brunei sekarang ni. hahahaha Adalah sikit kepoyoran disitu..hahahaha
Sekarang kita pergi Taj Mahal,Agra India pulak. 'Permata Senibina Islam' lambang cinta Shah Jehan terhadap isterinya Mumtaz. Hebat kuasa cinta dieorang.
Ni shoot dari bawah malas nak naik atas,kalau panjat tangga dia boleh nampak view sebenar Masjidil Haram tu macam mana. Insyallah semoga suatu hari nanti tercapai niat aku nak menjejakkan kaki ke Masjidil Haram yang sebenar.
Mausoleum of Abu Nasr Parsa,Balkh,Afganistan
Sheik Lutfallah Mosque,Iran
Great Mosque of Samarra,Iraq
Mohammad Ali Mosque (Alabaster Mosque),Cairo,Egypt
Suleyman Mosque,Turkey
Kalau diikutkan banyak lagi sebenarnya monumen-monumen dia. Tapi memandangkan aku dah tak larat sangat nak menapak satu-satu monumen jadinya yang mana yang sempat jelah aku ambik gambar. Lepasni kalau masuk sini lagi nak kena sewa basikal baru tak penat nak menapak.Serius ni tak tipu. fuhhhhhh
Info lengkap disini yer : Taman Tamadun Islam
(p/s : Hat ni je yang sempat singgah hari tu. nak ajak pergi Pasar Payang ke, Muzium ke, beli kepok losong ke memang tak dan. Lorat sangat hubby nak balik kang tak pasal-pasal kepok losong tak de lesung batu yang dapat.hahahahaha Lain kali datang lagi.. :))
No comments:
Post a Comment