♥ sayunk-sayunk kuh ♥

Sunday, October 6, 2013

♥ kerana 'DUA PULUH SEN' itu ♥


         
  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Perhatian : Mohon tidak mengaitkan entry ini dengan mana-mana parti politik.. Hanyalah sekadar perkongsian apa yang terjadi depan mata.. Komen yang tak memberangsangkan awasss lu,,gwa kerjain...!!! kehkehkehkeh







Aku suka makan burger.. Tapi sedikit cerewet.. Dalam banyak-banyak burger aku lagi prefer burger yang dok jual tepi jalan berbanding Burger King ke Burger McD ke Burger KFC ke apa ke.. Nama je mahal,,femes,,gempak tapi aku tak pernah nak rasa feel bila makan.. Berbanding burger tepi jalan tu feeling dia lain macam,walaupun murah tapi meletop vavavom.. Mungkin kasih sayang Pakcik yang buat burger tu meresap masuk kedalam burger dia.. Resepi rahsia tu..  Cewah

sekadar gambar hiasan

Alkisah minggu lepas balik Pahang Power.. Selamat jejak kaki ke bumi Jerantut terus terjah kedai burger feberet aku sepanjang zaman.. Lepas gian lama tak merasa burger Pakcik tu.. Menu kebret faberet  biasa order "Burger Daging Double Special".. Lepas order lelepak lah menunggu turn sebab ramai jugak yang dah order.. Sambil dok tunggu tu sempat lah ambil bau,,mak oit tak payah cakap feeling dia.. Tunggu dekat sejam pun tak perasan gara-gara nak lepas gian sangat.. Dok tunggu-tunggu borak lah 2 3 patah sikit dengan pakcik tu.......

Pakcik : Maaf yer dik lambat sikit,,ramai orang..
Aku : Eh takpe,,biasalah sedap mestilah ramai order kan..
Pakcik : Owh yer dik,,pakcik nak bagi tau ni..Start hari Isnin ni harga burger pakcik dah naik '50sen' yer..
Aku : Owh (sambil angkat kening)
Pakcik : Yelah dik pakcik tak leh nak buat apa.. Pembekal naik kan harga barang.. Daging burger naik,,roti burger naik sampai ke ais batu pun naik harga jugak.. Nak tak nak pakcik terpaksa naikkan jugak harga burger pakcik..
Aku : Tak pe lah pakcik biasalah tu 'sebab 20sen' tu jangan kata burger pakcik habis semua barang pun nak naik jugak.. Saya pun terkesan juga pakcik.. Tapi nak buat macam mana 'sebab 20sen' tu kena teruskan hidup jugak nak cari rezeki pakcik..
Pakcik : (terdengar sedikit keluhan disitu).. Nah dik burger adik dah siap maaf lambat yer..
Aku : Eh takpa saya paham.. Owh yer pakcik jangan risau walaupun burger pakcik naik harga tapi insyallah saya datang lagi sebab burger pakcik memang sedap sangat..

Nampak tak dekat situ impak 'kerana dua puluh sen' sahaja macam-macam boleh jadi.. Lu fikir lah sendiri.. Dah jangan dok komen "Burger Naik Harga Jadi Jangan Makan Burger" aku lempang lelaju karang.. Mungkin ini semua "Ketentuan Ilahi" (ayat cliche sesetengah pihak) yang penting kita kenalah ber"syukur kerana Malaysia masih aman"...kehkehkehkehkehkeh




(p/s : Owh bilalah boleh jejak kaki ke Pasir Gudang,,teringat burger dekat Taman Scientex depan kedai makan tu sedap jugak..sekarang ada lagi ke idok dah..urmmm yum yum..)

No comments: