♥ sayunk-sayunk kuh ♥

Tuesday, January 28, 2014

♥ nugget sayur kentang kasih sayang ♥


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ








Kadang-kadang nak eksperi cinta,kasih dan sayang tu bukan hanya melalui kata-kata jiwang manis sahaja. Macam-macam cara boleh. Lagi-lagi kalau kau jenis macam aku mulut kejung nak berbicara. Aku rasa romantik aku terkojol terjojol lebih melalui penulisan kot. Contoh melalui kad,surat,sms,nota ermmm something like that lah. Tapi hari ni aku ajar acaner nak eksperikan cinta,kasih dan sayang melalui makanan pulak. Nah silakan menjamu mata.


Rupa tak penting,yang penting rasa tu sampai. Nak masak kena penuh kasih dan sayang baru orang yang makan tu boleh rasa apa yang kita nak sampaikan. Kira pasang niatlah masa tengah masa gitu. Masa masak menda ni aku pun ada pasang niat jugak "semoga encik hubby makan sampai habis dan belikan microwave baru hew hew hew hew". (poyo ya amat)

Ok dah. Sekarang masa untuk berkongsi resepi. Kire segmen 'Masak Memasak Masaklah Kau' la ni. Ni memang first time aku buat menda ni. Resepi memang 100% search dari google. Tapi adalah yang olah sikit-sikit macam yang aku pernah cakap bertepatan dengan dapur sekangkang kera aku,bahan-bahan pun limit. kehkehkehkehkeh

Resepi pertama adalah "Chicken Nugget". Disebabkan sebelum ni aku dah kongsi resepi jadi bolehlah godek entry lepas DISINI. Beza dia cuma dari segi bentuk je. Kalau nak jadi konon-konon romantik bolehla tiru bentuk yang macam kite buat tu hehehehe *malu*

Dish kedua adalah "Mashed Potato"
Nak lagi detail boleh pergi cari dekat LINK ni. Dia siap tunjuk gambar step by step lagi. Tapi aku olahkan sedikit resepi akak ni sebab kuantiti aku buat hanya untuk 2 orang makan je. Lepas tu perasakan pun ikut selera anak tekak sendiri. Cuma dari segi penggunaan bahan-bahan aku banyak refer resepi ni sebab macam biasa SENANG..fiuuuuuwww


Bahan-bahan Resepi Kentang Putar (Kentang):


4 biji kentang
3 sudu besar susu segar
sedikit butter (anggaran 2 sudu besar)
secukup rasa serbuk lada hitam/lada sulah (aku tak guna lada sulah sebab kat dapur tak de)


Cara-caranya

1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong sama besar
2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 20 minit.
3. Bila kentang sudah empuk, toskan airnya.
4. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
5. Masukkan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
6. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata.




Bahan-bahan Resepi Sos (Gravy) Kentang Putar:


1 labu bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih dipotong dadu
2 sudu butter
1 sudu tepung jagung
1 kiub ayam knorr
secukup rasa serbuk lada hitam/lada sulah
2 cawan air



Cara-caranya
1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang. Biarkan dia caramelized (bertukar warna sedikit perang (warna caramel))
2. Masukkan tepung jagung dan tumis lagi.
3. Masukkan air dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam/lada sulah secukup rasa mengikut citarasa.
5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air dan kalau kuah terlalu cair tambahkan lagi sedikit tepung jagung.
6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul. (hat ni memang aku punya jadi berketul mungkin sebab terlampau banyak    tuang tepung jagung,tapi bila masukkan dalam blender sos jadi lagi smooth. Cadangan aku    better blender baru tak berketul-ketul tekstur sos pun cantik)
7. Perasakan sos ikut citarasa anda dan sedia untuk dihidangkan.


Taraaaaa... Mash potato versi aku. Dah macam pulut deroyan pun ada..




Resepi yang terakhir adalah "Coleslaw". Hat ni paling simple mimple dimple. 

Bahan-bahan :

Kobis 
Lobak merah
Mayonis
1/2 biji lemon
1 biji bawang besar
Gula secukup rasa

Cara-caranya :

1. Potong kobis kecil-kecil
2. Parut lobak merah nipis-nipis
3. Potong bawang besar kecil-kecil
4. Masukkan ketiga-tiga bahan tadi didalam satu bekas dan gaulkan bersama mayonis (aku guna mayonis yang dalam paket kecik tu je) nak lagi cepat beli je coleslaw punyer sos lady's choice tu,then perahkan lemon dan perasakan dengan gula supaya rasanya seimbang. Dan siap.

Hat ni pulak dah banyak kali dah aku buat. Makan macam tu pun sedap. 


Sekian.

(p/s : pasal pasang niat masa masak tu better pasang niat yang elok baru orang yang makan tu dapat rasa. aku pasang niat nak microwave sampai sekarang tak tertunai,ni mesti tak sampai lagi ni dalam makanan tu.kehkehkehkeh)

No comments: