♥ sayunk-sayunk kuh ♥

Thursday, June 30, 2011

♥ dont judge a book by its cover ♥


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ






*gambar takdek motip,,saja plesing ceh ceh ceh..jom mancing* =P



Entry ini bukan entry melepaskan tekanan perasaan mahupun entry ketidakpuasan melampau..aku menulis kerana hati bukan kerana emosi..Ko paham tak maksud tajuk entry nie..malas aku nak hurai panjang lebar sekadar ringkasan lumrah manusia bila tengok sesuatu luaran yang menjadi kayu pengukur..Dan aku adalah salah seorang manusia yang tergolong tadi,,yer sebagai contoh kalau ko nak beli cekedis sekalipon pasti cover luaran yang menjadi tarikan..

Kalau gamba die nampak menyelerakan pasti aku akan rembat dengan penuh rakusnya..Lepas tuh bila dah balek rumah bila rasa isi cekedis dalam tuh shit cam haremm..lepas tuh sumpah tak kan beli dah cekedis itu..Okeh sekarang ko dah paham maksud yang aku cuba nak sampaikan..??Okeh pikir sendiri dah besa kan,,dah boleh kawen pon masakan ayat sedemikian tak dapat nak dihuraikan..=)

Dan selama 21 tahun 8 bulan 1 hari aku hidup dimuka bumi ini dah macam-macam orang yang aku jumpa..Yer seperti pepatah berkata "rambut sama hitam tapi hati lain-lain"..Aku rasa pepatah ini dah tak boleh pakai lagi dah sebab orang zaman sekarang rambut pon dah kaler laen-laen..(@_@)...Pengalaman silam mematangkan aku untuk menjadi yang terbaek..Kadang-kadang dari pengalaman kita akan belaja sesuatu yang boleh buat kita sentiasa berhati-hati bila nak buat apa-apa..Okeh ini kisah benar hasil perjalanan hidup aku selama nie,,walaupun belum banyak garam yang aku makan lagi cukuplah kisah ini buat aku kenal erti kehidupan nie macam mana..



Alkisahhhh........

Aku penah kenal seseorang,,dahulu..Pertemuan yang tak diduga sama sekali..Mungkin Allah nak menguji aku tentang kehidupan..Mula-mula aku jumpa die hati aku terus cakap,,"owh bagus budak nie,,walaupon nampak ganas tapi masih tak lupa tanggungjawab dia sebagai seorang hamba kepada yang DIATAS sana.."..Yer luaran die nampak dia sangat-sangat kasar,,bila bercakap,,bila buat sesuatu tak penah pikir orang sekeliling..Tak kiralah kau perempuan ke kau lelaki ke kau separuh-separuh ke (erk) bagi die,,die tetap die buat apa nak hipokrik..

Makin lama aku kenal die makin banyak menda baru yang die ajar..Alhamdulillah semua yang die ajar semua kearah kebaikan,,dan aku yang dahulunya agak jahil mula terpanggil untuk berada dijalan kebenaran semula..Tapi semakin lama mengenali die semakin pelik aku rasakan..Semakin lama setiap kata-kata die penuh dengan penipuan..Suara hati aku yang paling dalam (ceh ceh ceh) mula menafikan tiap bicara yang diluahkan..(what the fish ayat jiwang terkeluar)..Sejak hari itu aku mula menjauhkan diri..Aku takut semakin lama aku kenal die semakin banyak penipuan,,semakin sakit hati,,semakin kecewa diri,,semakin merana sanubari..(tak leh blah ah)..

Sampai kehari nie aku tak pernah tanya die kenape die buat macam tuh..yer kalau ikutkan hati banyak kenape nak tanya..kenape buat cam tuh..??kenape..??kenape..??kenape..??Sejak pengalaman itu aku mula berfikir "jangan sesekali memandang seseorang pada luarannya sahaja,,apa yang paling penting adalah hati"...Tapi walau seteruk mana pon die aku tetap bersyukur penah mengenali die sebab die dah bawak aku supaya menjadi perempuan yang terbaek..Terima kasih untuk itu..=)

Dan begitulah sebaliknya..Aku taknak orang laen pandang aku nie (eh baek lah budak nie,,lemah lembut,,berbudi bahasa,,sopan santun,,penyayang,,peramah dan sebagainyalah)..<--------------(okeh sila muntah beramai-ramai,,ayat angkat bakul sendiri)..hahahaha takdek lah maksud aku jangan pandang seseorang melalui masa silamnya..Sila pandang mereka melalui masa sekarang..Semua orang penah buat silap..Semua orang penah buat salah..Tapi jangan jadikan kesalahan orang tuh sebagai kayu pengukur ko..Paham tak..??contohnya seorang mamat penagih yang sekarang sudah insaf dan berusaha untuk menjadi manusia sempurna..

Tapi orang sekeliling pandang die sebelah mata je sebab die penah buat kesilapan "sedut-sedut"..Sumpah memang cilakak manusia yang buat die macam tuh..Aku tak cakap semua orang tapi pasti ada segelintir yang bersikap sedemikian rupa..kenapa kita sebagai seorang manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras berfikir untuk membantu die menginsafi dosa-dosa kelmarin dan bantu die jadi manusia semula..Bukankan itu boleh bantu ko topap dosa-dosa dengan memperoleh pahala..(ceh ceh ceh cam ustazah pulak)..So kesimpulan disini kenalilah seseorang itu berdasarkan dalaman die,,maksud aku hati..

Selain daripada itu aku sangat-sangat-sangat-sangat (berapa kali sangat daa) berkawan dengan orang yang lagi tua dari aku..Maksud berkawan itu bukanlah berkapel mahupun bercintan-cintun laa sengal...Nie kira orang tua yang umur die baye-baye abah ko,,yang sikit hari lagi dah nak pencen..So maksud disini adelah bergaul sesama mereka..Sebab orang tua-tua nie lagi banyak pengalaman hidup tau..

Kadang-kadang dieorang cakap sesuatu secara bersahaja macam borak-borak biasa tapi kalau kita gunakan akal fikiran dan ketulusan hati yang ikhlas sebenarnya setiap kata-kata yang keluar ada makna dan pengajaran yang boleh ko pakai untuk masa depan..Siries sumpah aku tak tipu,,kalau tak percaya pergi cari orang tua lepas tuh pegi kawan dengan die..hahahaha Dan kadang-kadang dieorang jugak akan ajar ko sesuatu yang tak tercapai dek akal mu..Sebagai contohnya hari nie aku telah diajar oleh seseorang tentang "CARA-CARA UNTUK MENGERATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI"..hahahahahaha cetttt gua tak penah terpikir ketahap itulah pakcikkkkkkkkkkkk...(-_-*)<----muka malu...


nota kaki : okeh lepas nie aku nak cipta satu mesin scanner yang boleh scan dalaman seseorang lah...tet tet tet te tet <-----(nie bunyik mesin aku tengah scan)..lepas scan satu suara akan cakap "budak nie boleh buat calon suami nie,,baek orangnyer,,comel pulak tuh)..hakhakhak (gelak tergoling-goling)..=)


(p/s : sahabatku CIK DUYUNG pasti anda kenal siapa kot..sebab kita mengalaminya bersama-sama =) )

4 comments:

♥CiK DuYuNG [Ca]♥ said...

sob3..yup..gambar kat atas tu hanya aku jer paham...ade maksud tersirat untuk entry nie..kemana dia, ape citer dia kalo leh aku pon xmo amek tau dah..sebab aku ase kita dah besar..x patot dah dia nak nipu2 kita..tapi ingin gak aku nak tau KENAPA BELIAU BERBUAT DEMIKIAN? :(

suha said...

Ni la namanya kehidupan (^_^)

kalo sume mnusia perngai sama,xbest lak kan?

♥ ..cik jenab a.k.a fieza ..♥ said...

suha : acik katak betolll tuh..i sokonggg...=)

♥ ..cik jenab a.k.a fieza ..♥ said...

♥CiK DuYuNG [Ca]♥ : xnk cakap pape,,xnk ckp pape...kn kn kn kn..hhahahah =)